Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

razzi's blog

Harta Peninggalan

Umum mengetahui, ada yang tertinggal selepas kita meniggalkan dunia ini. Tapi adakah kita sudah menyusun atur perancangan untuk mereka yang kita tinggalkan. Sebab UrusInsan ni banyak fokus kepada debt management dan wealth creation jadi kita kena selalu berfikir kehadapan sedikit untuk memastikan kita telah mengatur langkah2 perlu untuk kemudahan waris kita. Dalam bahasa inggeris kita panggil estate planning. Orang kita sebut wasiat.

Dalam kesibukan mengambil kesempatan mengumpul harta (atau pun hutang), peranan perancangan masa depan untuk mereka yang kita tinggalkan jupa penting. Bayangkan rumah yang kita diami tidak ada sebarang insuran seperti MRTA atau MLTA. Kita ditimpa musibah dan siapa yang akan jelaskan bayaran bulanan kepada bank?

Pernah terfikir generasi yang kita tinggalkan itu di HALAU keluar dari rumah yang dianggap syurga? Pernah terbayang mereka MEREMPAT di tepi2 jalan, bawah jambatan, pinggir hutan hanya kerana kegagalan kita merancang sewaktu hayat dikandung badan?

Untuk orang islam di Malaysia ketika ini ada 3 organisasi yang mempunyai produk berkaitan wasiat atau islamic estate planning. cuba cari di google dan dapatkan sedikit kefahaman sebelum mengambil tindakan memilih produk yang terbaik untuk anda demi masa depan generasi yang anda tinggalkan.

Selamat mencuba :)

Hartanah Untuk Anakku

pada satu ketika dulu, orang2 melayu meneroka tanah hutan dan mereka mula manbur budi kepada tanah itu untuk menuai hasilnya dikemudian hari. apabila usia mereka meningkat senja, hartanah mereka diagih2kan kepada generasi kemudiannya. untuk apa? demi kesenangan dan kemudahan generasi mereka sendiri. orang2 melayu dahulu begi tu peka kepada penerokaan sumber yang memberikan hasil sehingga bergenerasi lamanya.

semalam, aku cuba meniru kaedah orang melayu terdahulu dalam perancangan dan implementasi yang sedikit berbeza. tatkala ramai ibu dan bapa lain kemaruk membeli perabot baru, tv lcd baru, handphone baru, kelengkapan dapur baru (peti ais, washing machine, microwave, etc.). aku mula membeli hartanah untuk aku perolehi hasilnya dan untuk diberikan kepada generasiku kemudiannya.

rumah yang kubeli luasnya cuma 1,650 kaki persegi bernilai RM200K, tapi kali ini, untuk keluasan yang melebihi 6.6X (kali ganda) atau hampir 11,000 kaki persegi cuma pada nilai yang 26.6X (kali ganda) lebih murah atau RM7.5K sahaja. dengan capital protection dan cash flow di antara 8-17% setahun (angka yg lebih besar dari pulangan ASB ketika ini).

ini adalah salah satu perkara yang boleh kulakukan untuk menjadikan generasiku jutawan sebelum usia mereka mencecah 30 tahun. anda pula bagaimana? selamat mencuba :)

Syndicate content