pada satu ketika dulu, orang2 melayu meneroka tanah hutan dan mereka mula manbur budi kepada tanah itu untuk menuai hasilnya dikemudian hari. apabila usia mereka meningkat senja, hartanah mereka diagih2kan kepada generasi kemudiannya. untuk apa? demi kesenangan dan kemudahan generasi mereka sendiri. orang2 melayu dahulu begi tu peka kepada penerokaan sumber yang memberikan hasil sehingga bergenerasi lamanya.
semalam, aku cuba meniru kaedah orang melayu terdahulu dalam perancangan dan implementasi yang sedikit berbeza. tatkala ramai ibu dan bapa lain kemaruk membeli perabot baru, tv lcd baru, handphone baru, kelengkapan dapur baru (peti ais, washing machine, microwave, etc.). aku mula membeli hartanah untuk aku perolehi hasilnya dan untuk diberikan kepada generasiku kemudiannya.
rumah yang kubeli luasnya cuma 1,650 kaki persegi bernilai RM200K, tapi kali ini, untuk keluasan yang melebihi 6.6X (kali ganda) atau hampir 11,000 kaki persegi cuma pada nilai yang 26.6X (kali ganda) lebih murah atau RM7.5K sahaja. dengan capital protection dan cash flow di antara 8-17% setahun (angka yg lebih besar dari pulangan ASB ketika ini).
ini adalah salah satu perkara yang boleh kulakukan untuk menjadikan generasiku jutawan sebelum usia mereka mencecah 30 tahun. anda pula bagaimana? selamat mencuba :)