Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

Harta Peninggalan

Umum mengetahui, ada yang tertinggal selepas kita meniggalkan dunia ini. Tapi adakah kita sudah menyusun atur perancangan untuk mereka yang kita tinggalkan. Sebab UrusInsan ni banyak fokus kepada debt management dan wealth creation jadi kita kena selalu berfikir kehadapan sedikit untuk memastikan kita telah mengatur langkah2 perlu untuk kemudahan waris kita. Dalam bahasa inggeris kita panggil estate planning. Orang kita sebut wasiat.

Dalam kesibukan mengambil kesempatan mengumpul harta (atau pun hutang), peranan perancangan masa depan untuk mereka yang kita tinggalkan jupa penting. Bayangkan rumah yang kita diami tidak ada sebarang insuran seperti MRTA atau MLTA. Kita ditimpa musibah dan siapa yang akan jelaskan bayaran bulanan kepada bank?

Pernah terfikir generasi yang kita tinggalkan itu di HALAU keluar dari rumah yang dianggap syurga? Pernah terbayang mereka MEREMPAT di tepi2 jalan, bawah jambatan, pinggir hutan hanya kerana kegagalan kita merancang sewaktu hayat dikandung badan?

Untuk orang islam di Malaysia ketika ini ada 3 organisasi yang mempunyai produk berkaitan wasiat atau islamic estate planning. cuba cari di google dan dapatkan sedikit kefahaman sebelum mengambil tindakan memilih produk yang terbaik untuk anda demi masa depan generasi yang anda tinggalkan.

Selamat mencuba :)