Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

PERKEMBANGAN TERBARU URUSINSAN

Perkembangan Terbaru Urusinsan.
oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my
 
Forum Urusinsan DOWN!!!! sejak 13 April 2008

 
Pertama saya ingin memohon maaf biarpun perkara ini bukan kesalahan Urusinsan ataupun kesalahan saya. Kebelakangan ini urusinsan agak kecoh sedikit, pertama kerana FORUM URUSINSAN DOWN secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya sejak 13 April yang lalu. Saya sendiri tidak dapat masuk ke laman web utama dan pihak pengurusan yang menyediakan kemudahan FORUM ini juga tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi berkenaan insiden ini. Saya terpanggil untuk memberitahu kepada semua ahli urusinsan yang menggunakan kemudahan FORUM URUSINSAN supaya bersabar. Pada ketika ini kami sedang berusaha untuk menyujudkan PORTAL URUSINSAN yang baru untuk pengguna urusinsan.
 
Hampir sebulan yang lalu, saya beserta pihak pengurusan urusinsan merancang untuk mengujudkan laman PORTAL URUSINSAN yang menggabungkan laman web, blog, forum dan juga e-commerce bagi penggunanya. Belum pun sempat kami memindahkan semua data pengguna FORUM URUSINSAN , laman forum tersebut DOWN secara tiba-tiba tanpa di ketahui puncanya. Kami masih menunggu pengumuman rasmi daripada pihak yang memberikan perkhidmatan forum tersebut.
 
Pengajaran Yang Boleh Di Pelajari
 
Sesuatu yang PERCUMA belum tentu memberikan perkhidmatan terbaik. Kenyataan Ini mungkin bercanggah dengan kepercayaan saya sendiri yang mana, kenapa perlu membayar jika ianya boleh di dapati secara percuma. Pengendalian sesuatu perkhidmatan memerlukan modal dan ini adalah sebahagian daripada kos perkhidmatan. Ada kos yang boleh di serap dan ada kos yang terpaksa di kembalikan kepada pengguna. sebagai contoh daripada apa yang berlaku di kepada FORUM URUSINSAN misalnya, kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna ialah ketidakcekapan. Pengguna pula tidak boleh merungut mengadu ketidakcekapan kerana perkhidmatan yang diberikan adalah percuma. Itulah bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna kerana menggunakan perkhidmatan percuma.
 
Bagi peserta Millionaire Inside pula saya memohon maaf kerana anda tidak dapat mengakses FROUM MILLIONAIRES INSIDE biarpun anda adalah peserta yang membayar untuk menggunakan kemudahan ini. Oleh itu, usaha sedang giat dijalankan untuk memindah dan mengaktifkan PORTAL URUSINSAN yang mempunyai kemudahan untuk semua pengguna urusinsan termasuklah peserta MILLIONAIRES INSIDE. Kami akan memaklumkan perkembangan PORTAL URUSINSAN secepat mungkin di laman web ini. Keutamaan kini adalah untuk membangunkan semula FORUM URUSINSAN bagi kegunaan peserta yang telah mengikuti pelbagai program yang telah dijalankan oleh URUSINSAN termasuklah MILLIONAIRES INSIDE, PENGURUSAN KAD KREDIT , PENGURUSAN OVERDRAFT dan PROGRAM PERKAHWINAN PERCUMA sebelum ini.
 
Program Yang Berterusan.
 
Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengumumkan beberapa perkembangan program urusinsan terkini, antara lain ialah:-
 
Kelas dan Bengkel Penyelesaian Hutang Percuma Untuk Ahli Urusinsan
 
Bagi ahli urusinsan lain yang bukan ahli Milllionaires Inside masih boleh menggunakan kemudahan forum yang sedia ada dengan percuma. Bagi mereka yang mempunyai kemuskilan tentang sesuatu permasalahan kewangan (Hutang) yang spesifik seperti Penyelesaian Hutang Kad Kredit, Melangsaikan Hutang Rumah dengan kadar segera atau Menyelesaikan Hutang Kereta dan sebagainya. Pihak urusinsan telah mengadakan bengkel serta kelas-kelas penyelesaian masalah kewangan yang lebih spesifik secara percuma. Pihak urusinsan juga telah mengeluarkan perisian "software" untuk membantu mereka mengawasi atau "tracking" kemajuan peserta. Kelas ini akan dihadiri tidak lebih dari 20 peserta pada satu-satu masa. Kelas ini disediakan secara percuma kepada pembeli perisian (software) sahaja. Kelas ini akan dikendalikan oleh mereka yang bertauliah didalam bidang kewangan.
 
Antara Perisian serta Kelas Kewangan yang diadakan ialah:-
 
Menyelesaikan Hutang Kad Kredit (penggunaan perisian).
   
    Kaedah serta teknik penyelesaian.
    Cara menggunakan Kad Kredit Sebagai Tools Kewangan
    Perisian "credit card debt elimination tools"
    Jangka masa kelas = 3 jam
    Harga Perisian = RM200
    Waktu Kelas = 17 May 2008 (3 petang)
    Lokasi = Pusat Tuisyen Harmoni Ulu Kelang
 
Antara Isi kandungan Perisian dan kelas ialah :-
 
Cara dan kaedah 6 Teknik Menyelesaikan Hutang Kad Kredit
   
    Teknik Foundation
    Teknik Lumpsum
    Teknik Unrealize Gain
    Teknik Balance Transfer
    Teknik Domino
    Teknik Convertion
 
Juga diberikan Tips tambahan - Membina Kekayaan dan menambah pendapatan melalui kad kredit.
 
Setiap teknik dan kaedah ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.
 
Penggunaan Overdraft (melalui perisian)
 
    Kaedah Penggunaan Overdraft sebagai tools Kewangan
    Penggunaan Perisian "Overdraft Monitoring Tools"
    Jangka masa kelas = 3 jam
    Harga Perisian := RM200
    Waktu Kelas = 10 May 2008 (3 petang)
    Lokasi = Pusat Tuisyen Harmoni Ulu Kelang.
   
Antara isi kandungan Perisian dan Kelas ialah :-
 
    Cara dan Kaedah Untuk menggunakan Overdraf dengan berkesan.
    Apa itu overdraft dan bagaimana menggunakannya.
    Cara menggunakan perisian "Overdraft Monitoring Tools"
    Teknik mengurangkan kadar faedah
    Teknik meningkatkan simpanan melalui overdraft
 
Juga diberikan tips tambahan - Merancang dan Membina Kekayaan melalui Overdraft.
Nota : Kepada Peserta Millionaire Inside (MI) yang ingin mengikuti kelas ini hanya perlu membayar kos kelas sebanyak RM50 sahaja. Perisian diberikan percuma kepada semua Peserta MI
 
Bagi yang berminat untuk membeli perisian dan menyertai kelas penyelesaian hutang percuma ini bolehlah mendaftarkan diri anda dengan memberikan maklumat anda En. Hanafi (Koordinator Urusinsan) di hanafi2k@gmail.com. Sila email dengan tajuk "Perisian Urusinsan" , atau hubungi beliau di talian 012-6568810
 
Sila nyatakan maklumat berikut.
 
    Nama Penuh anda
    ID urusinsan
    No Telefon
    Email anda
    Kelas yang ingin di hadiri (software yg ingin dibeli).
 
En. Hanafi akan menghubungi anda semula selepas menerima email atau panggilan anda. Perisian yang dibeli akan diberikan semasa sessi kelas kelak. Anda juga boleh membeli perisian (software) tersebut tanpa menghadiri kelas yang dinyatakan. Anda akan diberikan akses kepada FORUM PENGGUNAAN PERISIAN sebagai bantuan dan sokongan kepada anda jika anda mempunyai sebarang kemuskilan kelak.