Setiap daripada kita mempunyai keupayaan yang sama, ada diantara kita mempunyai peluang yang sama manakala sesetengah daripada kita mempunyai kebolehan yang sama. Akan tetapi ramai daripada kita tidak menggunakan keupayaan , peluang dan kebolehan tersebut untuk membuat perkara yang sama.
Saya menghabiskan masa, tenaga dan apa sahaja peluang yang ada untuk membina harta dan kekayaan , ini bukan bermakna saya tidak buat benda lain selain daripada kumpul duit, tetapi agak membazir jika peluang , masa , tenaga, ilmu dan pelbagai pemberian Allah tidak digunakan dengan sebaiknya. Ianya adalah satu pembaziran.
Saya mempunyai kad kredit , begitu juga dengan lebih 8 juta pemegang kad kredit dimalaysia. lebih 5000 pemegang kad kredit diistiharkan MUFLIS pada waktu yang sama terdapat lebih 5000 pemegang kad kredit yang mempunyai nilai harta (networth) melebihi RM 1 juta . Bagaimana pula ada golongan yang mempunyai dan menggunakan alat yang sama (kad kredit) boleh MUFLIS manakala yang lain boleh membina kekayaan biarpun mereka menggunakan alat yang sama? Adakah ianya disebabkan oleh alat tersebut atau individu yang menggunakan alat tersebut? Adakah kad kredit harta atau beban?
Begitu juga dengan hartanah atau yang memiliki rumah, ada pemilik rumah yang di senarai hitamkan kerana tidak dapat membayar bayaran bulanan dan rumah mereka terpaksa dilelong, manakala ada pemilik hartanah atau rumah yang lain bukan sahaja memiliki satu atau dua rumah malah ada yang memiliki lebih daripada 10 buah hartanah. Dengan kata lain, ada yang menjadi miskin kerana rumah yang mereka miliki manakala ada yang menjadi kaya kerana hartanah yang mereka miliki. Adakah rumah atau hartanah itu harta atau beban? Sekali lagi adakah kerana alat atau benda yang mereka miliki (kad kredit , rumah dll) yang menjadikan mereka miskin atau kaya? atau kerana individu yang memiliki kad kredit dan rumah tersebut yang tidak tahu menggunakan alat yang ada didalam tangan mereka?.
Ramai pemilik kad kredit menggunakan kad kredit dan akhirnya perlu membayar bayaran kad kredit yang tertunggak menggunakan wang mereka sendiri, manakala orang seperti saya menggunakan kad kredit tetapi tidak perlu membayar kad kredit tersebut menggunakan wang saya sendiri. Saya memiliki harta yang membayarkan beban saya. Ramai pemilik kad kredit menggunakan kad kredit untuk membeli beban (mereka perlu bayar guna wang sendiri) manakala saya dan ramai teman-teman saya yang lain menggunakan kad kredit bukan sahaja sebagai satu kemudahan malah kami membeli dan mengumpul harta melalui kad kredit (memberikan pendapatan untuk membayar kad kredit tersebut).
Ramai pemilik rumah atau hartanah perlu membayar bayaran bulanan dengan wang daripada pendapatan pekerjaan mereka (keluar wang sendiri) , manakala saya dan ramai hartawan yang lain bukan sahaja memiliki rumah atau hartanah yang tidak perlu dibayar menggunakan wang sendiri malah rumah dan hartanah yang sama memberikan kami pendapatan. Maka tanya semula diri anda , adakah aku membina harta atau beban? walhal aku juga memiliki alat seperti kad kredit dan rumah @ hartanah seperti juga orang lain tapi kenapa mereka menjadi bertambah kaya dengan menggunakan alat yang sama manakala aku menjadi bertambah miskin , terutama apabila wang kini dihakis oleh inflasi?
Contoh yang diberikan diatas hanyalah sebahagian kecil daripada alat atau tools kewangan yang terdapat dipasaran dan boleh dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana alat kewangan ini digunakan untuk membina harta dan kekayaan, anda boleh mengikuti forum atau kelas yang disediakan di portal ini. Sila hubungi urusinsan@gmail.com jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskilan mengenai portal khasnya ini dan urusinsan umumnya.