Selamat datang ke laman web baru Urusinsan. Ini adalah merupakan percubaan dan entry pertama di laman web baru ini. Kepada ahli urusinsan, anda boleh mendaftar di laman web ini untuk membolehkan anda mengikuti forum yang bakal diperkenalkan semula di laman web ini. Selepas mendaftar, sila semak email anda bagi memastikan bahawa pendaftaran anda telah diterima. Laman web ini masih didalam pembinaan dan perubahan serta perkhidmatan baru akan diperkenalkan di laman web ini dari masa ke semasa.
Buat sementara ini, Forum urusinsan masih belum aktif, kami sedang menunggu FORUM5 kembali sediakala bagi membolehkan kami memindahkan maklumat yang telah terkumpul lebih setahun dahulu. Jika ditakdirkan maklumat di FORUM5 "Rosak", kami terpaksa membina semula forum tersebut dari awal. Diharap perkara ini tidak berlaku.
Di harap semua ahli dapat bertenang dan bersabar dengan keadaan ini. Kami juga akan mula memperkenalkan pelbagai kemudahan lain di laman web ini dan akan mengekalkan penggunaan domain www.urusinsan.net , untuk mengetahui lebih lanjut segala perkembangan urusinsan. Sila selalu menjengah ke www.urusinsan.net
Ikhlas
Zaidi Ismail (Founder Urusinsan)