Apa yang anda akan lakukan jika secara tiba-tiba anda mendapat kemudahan seperti yang dilampirkan? sejak kebelakangan ini saya terfikir untuk memiliki sebuah kereta bagi memudahkan saya berulang-alik antara kediaman saya di Petaling Jaya dan juga Restoran Paksu Corner di Shah Alam. Kini saya tidak memiliki sebarang kenderaan sendiri (sudah 3 tahun tidak memiliki kenderaan sendiri, setelah semuanya saya jual dahulu). Pada ketika ini saya sibuk dengan pelbagai cabaran untuk mengurus perniagaan baru ini termasuklah membuka dewan makan yang lebih besar yang boleh menempatkan lebih 300 pengunjung pada satu-satu masa. Restoran yang sedia ada sudah tidak boleh menampung bilangan pengunjung yang ramai di Restoran Paksu Corner. Pada bulan ramadhan ini sahaja kami terpaksa memasang khemah di luar restoran bagi membolehkan pengunjung menikmati hidangan berbuka dengan tenang.

Tidak disangka-sangka semalam saya menerima sepucuk surat daripada CIMB Bank yang memberikan saya kemudahan Pinjaman kenderaan yang "Pre-Approved" atau Pra-Lulus bernilai RM203k tanpa perlu saya memohonnya, mungkin "LOA" atau Law Of Attraction kuat dengan saya, apa yang kita fikir , visualize dan inginkan akan dimenefestasikan secara fizikal jika kita ikhlas memohon pada ilahi (Bagi yang berminat untuk mengetahui teknik Law Of Attraction serta kaedah mengaplikasikannya, anda bolehlah mendaftar untuk mengikuti kelas LOA dengan menghantar email kepada hanafi2k@gmail.com dengan tajuk : Kelas LOA). Mungkin ada yang terfikir , senang betul Encik Zaidi , fikir je boleh terus dapat, semuanya kuasa Allah dan hanya dia yang mengetahui, akan tetapi ada "sains" dibelakangnya.
Pada pandangan anda, adakah Pinjaman Pra-Lulus ini merupakan satu kemudahan (menyenangkan diri) yang membolehkan saya memiliki kenderaan sendiri (setelah lebih 3 tahun tidak mempunyai kereta) atau adakah ianya merupakan satu beban yang akan menjerat diri saya kelak? Apa pendapat dan pandangan anda? Jika anda berada ditempat saya , apa yang anda akan lakukan? Sila berikan pandangan ikhlas anda dibawah, pendapat anda amatlah dihargai.