Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

SELAMAT DATANG 2009

Sudahkah anda mencapai objektif tahun 2008 anda? Bagaimana perasaan anda apabila dapat mencapai sasaran objektif anda? Puas hati? Atau masih tercari-cari kaedah dan cara berkesan untuk mencapai objektif anda? Jika anda gagal mencapai objektif anda pada tahun 2008 , jangan panik, tahun 2009 masih ada. Tetapkan objekti dan ambil tindakan , itu sahaja, mudah bukan, tiada emosi hanya tindakan.

Bagi saya, tahun 2008 merupakan tahun yang sangat menarik, terdapat banyak peristiwa dan kenangan yang saya lalui pada tahun 2008 yang akan saya abadikan selama-lamanya. Saya bertunang pada tahun 2008 , saya memiliki perniagaan Restoran pada tahun 2008 ,  Pendapatan saya meningkat hasil daripada pelaburan dalam bidang hartanah dan perniagaan Restoran pada 2008 dan banyak lagi yang berlaku pada tahun 2008.

Apa pula rancangan dan objektif anda pada tahun 2009? Dari segi kewangan pada saya tahun 2009 akan merupakan tahun yang mencabar diri saya sebagai seorang pelabur , terlalu banyak pilihan pemilikan harta akan berlaku pada tahun 2009 , terutama pada industri hartanah. Aliran tunai yang mencabar kerana pembayaran balik hutang yang labih tinggi (kadar faedah yang rendah memungkinkan pembayaran balik yang lebih tinggi bagi mengurangkan "prinsipal pinjman", ini bagi memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman berbanding ketika keadaan dimana kadar faedah yang lebih tinggi).

Tahun 2009 ialah tahun dimana saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengurangkan hutang yang tidak memberikan pulangan serta meningkatkan hutang yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. "Reconcilation" atau pengaburangan dan pengurangan hutang "tidak perform" adalah merupakan objektif utama saya pada tahun 2009. Ini termasuklah mengurangkan "exposure" hutang peribadi.

Bagi yang masih merancang objektif kewangan anda, saya harap agar anda dapat merialisasikan objektif anda dengan cemerlang. Jumpa lagi dalam siri-siri kelas yang akan datang.

Salam

Zaidi Ismail