Sebahagian besar ahli urusinsan mengetahui yang saya ada menganggotai sekumpulan pelabur bukan bumiputera yang bergiat aktif di Malaysia dan diluar negara, seringkali saya mendapat bermacam peluang daripada kumpulan ini dan saya cuma untuk membentuk urusinsan sepertimana model kumpulan ini bergerak, namum masih belum memberikan hasil yang dimahukan. Baru-baru ini saya mendapat peluang untuk menambah pelaburan hartanah melalui peluang yang disediakan oleh kumpulan ini. Berikut adalah sebahagian daripada bingkisan email yang saya terima daripada pendokong utama kumpulan ini.
" Over the last year, we have been getting listing of auction properties from auctioneers and banks. The list has basically overwhelmed us and we thought of how to share this listing with you.
As we were thinking of how share the list with you, something better came our way. We now have DIRECT ACCESS to listing of auction properties nationwide and the listing as of today is 32,121! Well, not the entire listing is of good value but there gems in it.
In fact. the moment we got the list, we managed to secure a unit at RM100,000 below market price.
With this, we can help you be on the look out for property below market price in your choice location, help you secure the unit during the auction and secure the loan for you as well. We can do ALL these at NO COST to you. You can always buy us lunch:) "
Daripada bingkisan email diatas jelas semangat kerjasama antara bukan Melayu @ Bumiputera, sanggup berkongi peluang dan kekayaan, Apa yang ingin saya ungkapkan ialah, tatkala orang lain (bukan bumiputera) sedang maju kehadapan disamping menambah harta mereka, kita (Melayu) sedang bergaduh dan mencurigai antara satu sama lain, berebut pangkat dan mempertahankan benang basah masing-masing, bukan itu sahaja , peluang yang diberikan untuk belajar juga tidak diambil peduli oleh orang kita. Saya berasa amat sedih, sebagai contoh, urusinsan telah diujudkan lebih 1 tahun, namun ianya hanya mempunyai ahli aktif tidak sampai 100 orang dan ahli MI lebih kurang 30 orang, sedangkan kumpulan pelabur bukan bumiputera yang saya anggotai mempunyai lebih 4000 ahli aktif seluruh Malaysia yang membayar RM4500 untuk menjadi ahli seumur hidup. Ini jika dibandingkan ahli urusinsan yang membayar RM12 setahun tidak sampai 50 orang, Itupun ramai yang mengeluh bertanya kenapa kena bayar, pepatah Inggeris ada yang menyebut " You Pay Peanuts, You Get Monkeys" , itulah harga yang anda bayar.
Memang patut orang bukan Melayu @ bumiputera lebih maju daripada kita, kerana mereka berlumba-lumba belajar dan merebut peluang yang ada, mereka mempunyai "commitment" tinggi untuk berjuang dan terus maju kehadapan.
Fikir-fikirkanlah,
Salam
Zaidi Ismail