Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

SENTIASA MENAMBAH NILAI DALAM SETIAP URUSAN

Sebulan kebelakangan ini saya agaak sibuk dengan beberapa perkara , antaranya ialah pembukaan Kafeteria di Spirit Aerosystems (Kami diberi amanah untuk menguruskan sebuah kafeteria berhampiran Labangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang) , yang kedua pula sibuk dengan renovasi rumah sewa di Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, setelah hampir setahun menunggu penyelesaian transaksi antara bank dan sebagainya, barulah kini mendapat kunci rumah dan sebagainya. Oleh yang demikian lama juga saya tidak menjenguk urusinsan buat seketika.

Apa yang ingin saya kongsikan pada anda untuk kedua-dua keadaan diatas, saya sering mencari peluang untuk menambah nilai didalam sesuatu urusan yang sedia ada. Sebagai contoh, memiliki restoran sendiri membolehkan saya menerima peluang lain seperti mengurus sebuah Kafeteria, ini membolehkan saya menggunakan kemudahan , pekerja , kelengkapan dan sebagainya yang telah tersedia ada untuk membantu dan memudahkan saya mengurus Kafeteria baru tersebut, dengan kata lain "Make Use What We Have". Bukan itu sahaja memiliki restoran ( www.paksucorner.com )sendiri juga membolehkan saya menerima tempahan Katering , Makan berkumpulan , Tempahan Restoran dan sebagainya, pelanggan akan lebih yakin kerana kita memiliki sesuatu yang boleh ditawarkan dengan kadar segera. Dengan kata lain " Natural Progression To The Business".

Manakala  didalam urusan rumah sewa di Vista Angkasa pula saya "leverage" kontraktor yang sedia ada, penyewa yang tersedia (ready and available market) untuk memasarkan rumah sewa tersebut. Pada keadaan biasa saya akan menyewakan sebuah rumah, akan tetapi saya mengubah strategi ketika menyewakan rumah di Vista Angkasa, saya menyewakannya berdasarkan individu, sebagai contoh, di vista angkasa kadar sewa sebuah rumah adalah diantara RM900 hingga RM1400 bergantung pada  keadaan serta kelengkapan rumah tersebut. Manakala saya pula menyewakan pada seseorang individu pada kadar RM200 seorang , jika sebuah rumah boleh memuatkan 8 orang misalnya, maka saya memperolehi pulangan sewa RM1600 untuk sebuah rumah, ianya hampir 2 X ganda pada rumah kosong dan lebih RM200 pada rumah yang tersedia kelengkapan (fully furnish), tidak dinafikan ianya melibatkan urusan yang lebih jika dibandingkan hanya menyewakan pada kadar sebuah rumah, disinilah saya "leverage" sekali lagi pada infrastuktur sedia ada untuk menambah nilai.

Dengan mengurus sebuah kafeteria, saya juga mengikat perjanjian dengan sebuah pengusaha makanan ringan dan minuman ringan untuk membekalkan kemudahan kepada pengunjung kafeteria tersebuat tanpa perlu mengeluarkan apa-apa modal menggunakan VOM (Vending Operating Machine), tanpa perlu pekerja menjaga peralatan tersebut. Sekali lagi saya "leverage" yang tersedia ada untuk menambah nilai sesuatu harta atau perniagaan tersebut.

Jika anda sedang melakukan sesuatu urusan sekarang samaada perniagaan ataupun menambah harta, maka carilah peluang untuk menambah nilai urusan tersebut , bagaimana ianya dapat manjana atau menambah pendapatan tanpa perlu menambah modal atau masa pengurusan anda, "leverage" atau gunakan apa yang telah tersedia dalam urusan tersebut. Sebagai contoh diatas, saya menambah pendapatan jualan Kafeteria dengan hanya pengikat perjanjian dengan vendor "vending machine" , saya meningkatkan kadar sewa hanya dengan mengubah strategi penyewaan daripada satu rumah kepada individu. Kedua-dua tindakan tersebut tidak memerlukan saya menambah modal atau mengeluarkan belanja untuk mendapatkannya. 

Diharap anda akan sentiasa menambah nilai (value add) pada setiap urusan anda. Sila kongsi pandangan serta pengalaman anda menambah nilai didalam setiap urusan anda di sini.

Salam

Zaidi Ismail