Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

KEMUDAHAN VIDEO MERANCANG KEWANGAN

Oleh kerana ramai yang bertanya dengan saya tentang koleksi video perancang serta perancangan kewangan yang ada pada saya , ramai yang samaada mahu pinjam atau beli dari saya, tapi malangnya jika saya bersikap begitu maka ramai yang akan terlepas peluang untuk menyaksikan video pembelajaran perancangan kewangan dari mereka yang terkenal seperti Suzie Orman , Dave Ramsey , Robert Kiyosaki dan sebagainya. Ramai juga akan terlepas peluang untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh saya samaada yang membicarakan tentang teknik atau kaedah kewangan untuk melupuskan hutang ataupun untuk menambah harta. Kini dengan teknologi Internet yang serba maju, video-video seumpama ini akan dapat dinikmati oleh semua ahli urusinsan.

Saya akan mula meletakkan video-video tersebut kedalam portal urusinsan bergantung kepada jenis tajuk serta keperluan forum. Jika video tersebut membicarakan tentang kad kredit misalnya seperti teknik snowball oleh Dave Ramsey , maka video pengajaran teknik tersebut akan diletakkan pada forum terbabit. Sama seperti jika video mengenai hartanah ianya akan diletakkan  didalam forum Millionaire Inside yang berkisar tentang hartanah. Sebagai contoh , disertakan dibawah ini video dari Robert Kiyosaki berkenaan Rahsia Kejayaan Orang Kaya.

Video ini hanyalah sebagai contoh sahaja, terdapat banyak video lain yang mempunyai durasi sehingga dua jam yang mana bukan sahaja membicarakan tentang konsep kewangan malah mengajar kita teknik serta kaedah mengawal dan merancang kewangan kita supaya lebih tersusun dan efektif. Bukan itu sahaja, terdapat juga perancang kewangan yang mengajar tentang subjek penambahan harta. Bagi yang telah menjadi ahli forum kad Kredit , Overdraft dan Millionaire Inside, ini adalah satu lagi kemudahan bagi anda. Anda memerlukan jalur lebar (Broadband) untuk melihat video yang dipamerkan. Beri sedikit masa (min 30 saat) sebelum video boleh di siarkan. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk melihat video yang dipaparkan , sila pastikan bahawa "web browser" anda telah dikemaskini, pastikan "ActiveX" anda di "enable" dan juga sila "update" "browser" anda untuk menerima "flash palyer 10", sila email ke urusinsan@gmail.com jika anda mengalami kesukaran untuk melihat video yang di siarkan.

Sila beri pendapat dan pandangan anda mengenai kemudahan video ini.

Selamat Berjaya

Zaidi Ismail