Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

ADAKAH ANDA SEORANG MUFLIS ?

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menonton rancangan Suzie Orman di CNBC , saya dah lama tak tengok CNBC , maklumlah, di rumah saya pun bukannya ada Astro, dah lebih setahun saya terminate. Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila seorang pemanggil menalipon ke rancangan beliau dan menyatakan bahawa dia mempunyai jumlah hutang sebanyak USD200K dan kebanyakannya ialah hutang pengguna (hutang kad kredit , hutang kereta , hutang barangan peribadi dan sebagainya) dengan kata lain , hutang yang tidak mambawa nilai peningkatan (loosing value). Beliau bertanya kepada Suzie , apa yang patut beliau lakukan kerana buntu dengan keadaan tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh Suzie tidak pernah saya fikirkan selama ini, beliau berkata secara asasnya (Rule Of Thumb) , jika hutang pengguna seseorang itu melebihi jumlah pendapatan tahunannya maka dia secara asasnya adalah seorang yang muflis. Kenyataan beliau mengejutkan saya kerana selama ini tidak terlintas difikiran saya bahawa seseorang itu sebenarnya Muflis biarpun dia mampu untuk membuat bayaran bulanannya.

Mari kita muhasabah diri kita dengan contoh dibawah ini :-

Jika keluarga anda (pendapatan suami + isteri) mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM60K setahun (RM5K sebulan) dan anda mempunyai hutang pengguna (tidak termasuk rumah anda) melebihi jumlah tersebut, maka secara asasnya anda adalah seorang yang muflis. Mari kita lihat hutang pengguna yang biasa ada pada kebanyakan dari kita.

 

  • Hutang kenderaan (Kereta atau motosikal)
  • Hutang Kad kredit
  • Hutang barangan atau perkakasan rumah (perabot dan barangan elektrik)

 

Ini bermakna, anda seorang yang muflis biarpun anda hanya perlu membayar bayaran ansuran kenderaan , kad kredit dan sebagainya kurang daripada pendapatan bulanan anda, bayangkan jika anda memiliki sebuah kereta yang berharga RM60K , tidak termasuk hutang kad kredit dan hutang pengguna yang lain. Anda seorang yang MUFLIS kalau mengikut "RULE OF THUMB" tersebut.

Saya menunggu jawapan magik daripada Suzie bagi menyelesaikan dilemma ini, bagaimanakah caranya? dan jawapan beliau ialah melupuskan semua hutang pengguna (consumer debt) anda secepat mungkin, ini bermakna menjual kereta anda jika boleh serta menggunakan kereta yang lebih murah dan menjelaskan hutang yang selebihn ya secepat mungkin dengan memcari pendapatan tambahan.

Satu jawapan yang bukanlah magik dan semua orang tahu akan jawapan ini, tetapi berapa ramaikah yang mengambil tindakan tersebut? Jika "RULE OF THUMB" ini digunakan di Malaysia, saya kira mungkin lebih daripada separuh rakyat Malaysia boleh diistiharkan sebagai golongan MUFLIS , dari "RULE OF THUMB" diatas , tanya diri anda, adakah anda seorang yang MUFLIS ? Jika jawapanya YA , apakah tindakan anda ?

Sila kongsi pandangan anda tentang RULE OF THUMB Suzie Orman ini.

Salam Zaidi Ismail