Rumah yang sangat selesa untuk di diami, bersih , selamat dan damai dari hiruk pikuk orang ramai. Rumah ini berada didalam kawasan Bandar Sunway Petaling Jaya, berkedudukan hanya 5 minit berjalan kaki ke Sunway Pyramid. Berada di tepi kawasan perumahan (Lot tepi) serta bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ia mudah untuk di akses samaada oleh kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam. Terdapat tempat menunggu teksi dan bas bersebelahan dengan rumah ini.
Berkedudukan di tingkat satu (1st Floor) memudahkan penyewa untuk mengakses rumah kediaman ini. Ini juga mengurangkan gangguan seperti orang berjalan kaki atau kebisingan daripada lalu lintas. Hanya terdapat 4 unit pada satu tingkat, oleh itu privasi anda akan lebih terpelihara daripada sebarang gangguan jiran. Kawasan perumahan ini juga mempuanyai pelbagai kemudahan asas lain seperti kedai makan, pasar mini dan pelbagai kedai serbaguna lain.
Sangat sesuai bagi golongan bujang (tidak lebih dari 4 orang) , mereka yang baru berkeluarga, pelajar IPTS yang berhampiran atau eksekutif muda yang bekerja berhampiran bandar Sunway, ini akan dapat menjimatkan kos pengangkutan untuk pergi dan pulang kerja.
Maklumat Kediaman :
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Zaidi Ismail di 012-3450329 atau email di hartanahmurah@gmail.com atau sila isi borang yang disediakan di laman web ini.