Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

Apartment Tiara Beach Resort Untuk Dijual

Apabila tiba musim cuti persekolahan ramai yang balik ke kampung halaman masing-masing, selain pulang ke kampung ke mana lagi warga kota boleh membawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah yang tersisa? Alangkah bagusnya jika anda mempunyai rumah percutian anda sendiri bukan. Kini anda boleh memiliki Studio Apartment di Tiara Beach Resort Port Dickson dengan harga RM120,000.00 sahaja.

Bagi penduduk Lembah Klang, Port Dickson, Negeri Sembilan adalah destinasi percutian paling dekat dan mudah dikunjungi.Terdapat banyak resort di pantai peranginan itu yang boleh menjadi pilihan mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.Bagi peminat pantai, Tiara Beach Resort (TBR) di Kilometer 13 Jalan Pantai, Port Dickson menyediakan alternatif pantai buatan manusia di taman tema seluas 8.4 hektar itu.

Resort taman tema itu memenuhi keperluan semua peringkat usia pengunjung. Keistimewaan TBR ialah taman tema airnya yang merangkumi kolam kanak-kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan kolam mandi bersaiz lima kali ganda kolam Olimpik dan wayang luar bangunan. Resort ini turut dilengkapi kemudahan penginapan, kelab, restoran, karaoke, spa dan sauna, jakuzi, kedai serta pusat jagaan dan permainan kanak-kanak. Jiika anda mahu menikmati pantai semula jadi, TBR terletak tidak jauh dari Dataran Teluk Kemang dan pengunjung hanya perlu membawa keluarga dan memandu kereta beberapa minit untuk ke pantai awam itu.

Waktu malam sering menimbulkan kebosanan bagi keluarga yang bercuti, oleh itu selain menyediakan bilik karaoke untuk hiburan dewasa, tayangan wayang terbuka dan bilik permainan kanak-kanak dilengkapi permainan video juga disediakan. Bagi melengkapkan TBR sebagai sebuah destinasi percutian, TBR turut menyediakan Restaurant Masakan Thai yang dimasak tukang masak warga Thai di Anna Thai Restaurant.

TBR juga dilengkapi kemudahan dewan yang boleh memuatkan 2,000 orang dan 16 bilik persidangan dengan kapasiti 2,000 peserta untuk memberi alternatif persidangan, pameran, seminar, bengkel dan mesyuarat korporat, swasta atau kerajaan.

TBR yang mendapat anugerah Pusat Peranginan Pilihan Keluarga Terbaik 2006/2007 daripada majalah kembara, Travellers juga pernah mencipta nama dalam Buku Rekod Malaysia (MBR).TBR dengan kerjasama Apple Magazine dan JF Beauty meraih rekod "Epal paling banyak digunakan dalam terapi Spa" melalui lambakan 20,000 epal di taman temanya. TBR dipilih sebagai Destinasi Percutian Famili Terbaik 2006 pada majlis Anugerah Libur/Traverama anjuran Kumpulan Karangkraf.

BAGAIMANA HENDAK KE TBR Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Studio Apartment ini , sila hubungi Zaidi Ismail di 012-3450329 atau email ke hartanahmurah@gmail.com