Unable to display content. Adobe Flash is required.
Antara persoalan pasangan muda hari ini adalah samaada untuk menyewa atau membeli rumah untuk diduduki sendiri. Saya menyokong pembelian hartanah sebagai satu pelaburan dan harta jangka panjang tetapi saya tidak begitu menyokong ide membeli rumah untuk diduduki sendiri terutam jika pasangan muda tersebut baru sahaja memulakan kerja dan belum punya objektif kewangan serta masa depan yang jelas terutama mereka yang bakal berpindah dalam satu jangka pendek seperti kurang dari 5 tahun demi mengejar kerjaya masing-masing.
Saya sering katakan - Perkara berkaitan kewangan hanya dapat diselesaikan dengan rumus / dikira secara matematik bukannya dikira dengan hati & perasaaan.
Semua pandangan diatas boleh dikira dengan rumus / fomula matematik.
Nota : Saya masih menyewa kerana bukan sahaja lebih murah dan saya boleh tolak cukai (salah satu kelebihan mempunyai syarikat sendiri) saya juga belum pasti dimana saya ingin bersara secara tetap , ketika ini saya tinggal dimana ianya dekat dengan perniagaan & pelaburan saya (kerjaya saya). Lagipun lebih mudah menyewa dari membeli rumah dan saya boleh berpindah ke mana sahaja berbanding menduduki rumah sendiri di mana terlalu banyak pelaburan emosi telah dilakukan.
Seorang tawkey cina pernah menasihati saya "kalau lu mau senang .. kaya .. lu jangan cari kerja dekat sama lu punya rumah .. tapi lu cari rumah dekat sama lu punya kerja"
Menyewa juga dapat membantu mengurangkan isu "riba" dalam urusan membeli rumah. Pada waktu yang sama boleh digunakan masa tersebut untuk mengumpul modal membeli rumah secara tunai dengan menggunakan kaedah stoozing. Ini bagi yang betul-betul serius yang nak elak "riba" dalam pembelian hartanah bukan untuk mereka yang hanya gebang je lebih.
Saya tidak begitu setuju dengan pendapat bahawa menyewa akan hanya "kayakan landlord atau tuan rumah".
Perlu di ingat rezeki yg kita terima bukan milik kita, kita hanya sebagai pengurusnya sahaja & jangan perasan bahawa apa yg kita uruskan adalah hak kita kerana kita hanyalah sekadar hamba padanya.Pesoalan yang cuba saya sampaikan ialah kenapa perlu membeli rumah untuk tinggal sendiri? bukannya hartanah satu pelaburan yang tidak bagus .. kita masih boleh melabur pada hartanah tanpa perlu untuk tinggal sendiri didalamnya.
Saya ambil contoh Warrent Buffet , dia pernah memiliki jet peribadi , kemudian dia jual dan beli netjets sebuah syarikat penerbangan, bila dia nak guna, dia hanya perlu sewa sahaja. Tidak perlu untuk menguruskan jet peribadi beliau.
Jangan kita melakukan sesuatu itu disebabkan oleh pengaruh atau tekanan orang sekeliling terutama kawan-kawan dan saudara mara dan janganlah kita lakukan sesuatu itu untuk memuaskan pihak lain. Apapun keputusan kita, yang akan menanggung akibatnya adalah diri kita sendiri dan bukannya orang lain dan janganlah biarkan diri kita menjadi sebahagian daripada statistik dibawah ini hanya kerana ingin membeli rumah untuk diduduki sendiri.

Oleh : Zaidi Ismail