Dengan pembangunan semula kawasan bukit kerinchi, Pangsapuri Vista Angkasa yang dahulunya di kenali sebagai Vista Tangga angkara aksi lucah penyewa dikawasan tersebut kini telah berubah wajah. Dahulu terdapat gerai serta warung peniaga dihadapan pangsapuri yang di selenggarakan oleh DBKL mencacatkan pandangan serta menyesakkan lalu lintas dikawasan tersebut kini tiada lagi. Gerai-gerai DBKL tersebut telah pun dirobohkan demi pembesaran jalan memasuki kawasan Bukit Kerinchi. Kini kenderaan orang ramai lebih mudah untuk keluar masuk ke Bukit Kerinchi. Pembangunan semula Bukit Kerinchi termasuklah pemindahan gerai peniaga ke kawasan baru di Pantai Dalam, pembinaan Condominium mewah di sekitar Vista Angkasa termasuklah pembangunan semula Pantai Hill Park , Condomonium Pantai Panorama dan juga pemindahan semula setinggan yang dikenali sebagai "Kondo Rakyat" di Pantai dalam yang di laksanakan oleh YTL Corporation. Kini kawasan sekelilingnya telah berubah wajah dengan pembangunan prasarana yang lebih menarik. Kompleks Pangsapuri Vista Angkasa adalah kediaman yang bersebelahan dengan pelbagai jenis kemudahan prasarana termasuklah kemudahan pengangkutan moden seperti stesen LRT University yang hanya lebih kurang 500 meter dari pangsapuri tersebut, terdapat juga bas dan teksi yang banyak dikawsan ini, terdapat juga mini market , restaurant didalam dan diluar Kompleks kediaman ini. Pangsapuri yang berhampiran University Malaya , Hospital University, Menara Telekom dan Angkasapuri ini telah menjadi tumpuan ramai orang sehingga kini.
Berada di tingkat 7, pangsapuri 4 bilik tidur dan 2 bilik air ini memberikan anda pandangan balkoni yang amat menarik dengan pemandangan mengadap Bandaraya Kuala Lumpur, ketika sambutan tahun baru atau apa sahaja sambutan meriah yang diadakan di Ibu kota, percikan bunga api jelas kelihatan dari balkoni pangsapuri ini. Bilik tidur utama mempunyai bilik air dan tandas yang berasingan dengan bilik air dan tandas di rumah utama rumah. Pangsapuri yang telah di ubahsuai ini juga dilengkapi dengan separa perabot serta kemudahan seperti kabinet dapur, ruang memasak, mesin basuh dan peti sejuk, bagi pelajar, kemudahan jalur lebar internet juga disediakan. Almari pakaian dan katil disediakan kepada penyewa bergantung kepada keperluan penyewa terbabit.
Antara maklumat lain Pangsapuri ini ialah :-
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Zaidi Ismail di 012-3450329 atau email di hartanahmurah@gmail.com atau sila isi borang yang disediakan di laman web ini.