Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

Apt Sri Hijauan Ukay Perdana Untuk Dijual

Dikelingi kehijauan dan kerimbunan alam semula jadi, Pangsapuri Sri Hijauan Ukay Perdana adalah merupakan kediaman persisiran Bandaraya Kuala Lumpur. Kurang daripada 10km ke KLCC dan Menara Berkembar Petronas, Pangsapuri ini adalah kediaman bercirikan alam semula jadi berhanpiran Kota Raya Kuala Lumpur.

Berkedudukan diantara dua kawasan elit yang terkenal di ibu kota Taman Melawati dan Bukit Antarabangsa, Pangsapuri Sri Kehijaun Ukay Perdana mempunyai lokasi strategik yang mampu menarik bukan sahaja pembeli yang inginkan mendiami sendiri kawasan yang aman dan damai dikelilingi alam semula jadi malah ia mampu menarik penyewa. Lokasinya yang strategik berhampiran ibu kota malah ianya adalah impian pelabur hartanah yang mementingkan bukan sahaja kadar sewaan yang tinggi malah peningkatan modal hasil daripada kenaikan harga hartanah tersebut. Kedua-dua ciri ini terdapat pada Pangsapuri Sri Hijauan.

 

Dibangunkan oleh IJM Corporation, pemaju hartanah yang terkemuka di Malaysia. Pembeli pasti berpuas hati dengan mutu serta kerja pembinaan yang dihasilkan. Ketika ulasan ini ditulis, kerja-kerja pembinaan pangsapuri ini telahpun lebih 60% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2009. Dari masa ke semasa perkembangan pembinaan pangsapuri ini akan di nyatakan didalam ulasan ini seperti yang digambarkan diatas. Mempunyai prasarana yang lengkap disamping dibangunkan didalam kawasan pembangunan berkonsepkan intergrasi, Ukay Perdana adalah satu lagi taman kediaman yang selamat dan selesa untuk didiami.

Maklumat Pangsapuri ini adalah seperti berikut :-

 

  • Lokasi : Pangsapuri Sri Hijauan Ukay Perdana Kuala Lumpur
     
  • Aturan Rumah : 3 bilik tidur , 2 bilik air / tandas , ruang tamu dan dapur yang berasingan.
     
  • Saiz Rumah : 900 Kaki persegi
     
  • Kemudahan : Semi Furnish (kichen cabinet) , Mesin basuh dan Peti Sejuk disediakan , kemudahan letak yang kereta tetap
     
  • Lain-lain kemudahan (pilihan) : perabot (sofa , set makan) - bergantung keadaan penyewa.
     
  • Harga Jualan : RM120K
     

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi saudara Faizal Jamal di 012-7507731 atau email di hartanahmurah@gmail.com atau sila isi borang yang disediakan di laman web ini.