Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

Kondo Paramount View PJ Utk Di Sewa / Jual

Berkedudukan hanya lebih kurang 500 meter daripada stesen LRT Putra Paramount Petaling Jaya, Kondominium Paramount View yang mempunyai kepadatan rendah sebanyak 233 unit adalah merupakan satu-satunya kondominium di kawasan elit Kampung Tunku Petaling Jaya. Kawasan perumahan yang dikenali sebagai kawasan perumahan celebriti seperti Dato's Haji Ahmad Mahmmud, tempat tinggal keluarga Habib dari Habib Jewel adalah antara celebriti terkenal yang tinggal di kawasan berdekatan. Kondominium ini juga terletak kurang dari 1Km dari Taman Aman yang merupakan salah satu daripada taman rekreasi yang mempunyai tasik di Petaling Jaya Utara selain daripada Taman Jaya bersebelahan Amcorp Mall Petaling Jaya, antara kemudahan lain yang berdekatan dengan Kondominium ini termasuklah Sekolah Rendah Kampung Tunku dan Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman yang hanya sejauh 1Km daripada Kondominium ini.

Kawasan terkenal SS2 hanya kurang 2Km daripada Kondominium ini dan Taman Paramount dan Seksyen 14 pula hanya berseberangan sahaja daripada Kondominium ini. LRT berdekatan menghubungkan terus Kelana Jaya hanya 1 Stesen perhentian sahaja manakala KL Central pula kurang daripada 20 minit perjalanan menggunakan LRT. Antara maklumat lain Kondominium ini ialah :-

  • Lokasi : Kondominium Paramount View - Tingkat 15 (paling atas) tepi lift dan tangga keselamatan.
  • Aturan Rumah : 3 bilik tidur , 2 bilik air / tandas , ruang tamu dan dapur yang berasingan.
  • Saiz Rumah : 985 Kaki persegi
  • Kemudahan : Semi Furnish (kichen cabinet) , Mesin basuh dan Peti Sejuk disediakan , kemudahan 2 tempat letak kereta tetap
  • Lain-lain kemudahan (pilihan) : Internet, perabot (sofa , set makan) - bergantung keadaan penyewa.
  • Harga Jualan : RM350,000
  • Sewa Bulanan : RM1,500 sebulan
  • Deposit : 2 bulan sewa dan RM500 utk utiliti.
  • Kekangan : Tidak boleh mengubahsuai rumah atau sebarang kerosakan akan ditanggung penyewa
  • Lain -lain maklumat : Dijangka siap December 2008

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Zaidi Ismail di 012-3450329 atau email di hartanahmurah@gmail.com atau sila isi borang yang disediakan di laman web ini.