Selamat Datang ke laman baru Millionaires Inside. Disini selain daripada laman web dan blog Millioniares Inside yang baru , turut sama diperbarui ialah Forum Millionaires Inside yang juga telah diubahsuai bagi mencerminkan perkembangan Millionaires Inside. Kaedah dan teknik terbaru disamping kemudahan Analisa Kewangan, Chat dan Webminar juga diperkenalkan untuk kegunaan para Peserta Millioniare Inside.
Bagi yang baru, Apa itu Millionaires Inside? Berikut adalah FAQ Millionaires Inside.
Urusinsan Millionaire Inside FAQ.
Rakan-rakan Urusinsan sekalian, daripada rentetan pertanyaan yang diajukan didalam forum ini sebelum ini, masih ramai yang kurang faham apa itu Urusinsan Millionaires Inside. Penerangan yang lebih jelas cuba diberikan dibawah dan diharapkan segala persoalan tentang Urusinsan Millioniares Inside akan terjawab.
Secara umumnya MI diujudkan untuk membantu melahirkan jutawan berilmu melalui perkongsian ilmu antara peserta melalui teknik dan kaedah menambah harta kekayaan yang telah diamalkan beratus tahun oleh mereka yang lebih terdahulu daripada kita. Teknik tersebut digabungkan dengan kemudahan moden hari ini bagi mempermudahkan proses membina kekayaan.
Apa itu Urusinsan Millioniares Inside?
Urusinsan Millionaires Inside atau lebih mesra dikenali sebagai MI adalah satu rangkaian individu (network) yang mempunyai minat yang sama iaitu memperbaiki diri melalui penambahan ilmu. Ianya bukan satu pertubuhan, kelab , syarikat dan sebagainya. Ianya adalah terdiri dari pelbagai individu yang mempunyai “common goal and purpose” MISI dan VISI YANG SAMA iaitu memperbaiki diri melalui ilmu pengetahuan. MI tidak mempunyai sebarang stuktur pertubuhan yang berbentuk pyramid seperti ketua, penolong ketua, pengurus dan akhirnya ahli. MI tidak mempunyai sebarang carta organisasi dan tiada siapa pun yang menjadi ketua didalamnya. MI juga bukan satu program atau produk. Ianya hanyalah nama yang diberikan untuk sekumpulan individu yang menjadi pesertanya.
Apa peranan MI?
MI diujudkan sebagai pemangkin kepada peralihan minda pesertanya. MI akan mendedahkan peserta kepada pelbagai cabang ilmu antara lainnya ialah kewangan, agama , pengurusan , perniagaan , sosial dan sebagainya. MI juga berperanan sebagai pusat rujukan bagi mereka yang mengikuti program-program tertentu yang di anjurkan oleh MI.
Siapa yang layak menyertai MI?
Penyertaan MI terbuka kepada semua ahli urusinsan (yang berdaftar di forum urusinsan) serta membayar yuran pengurusan “one time fee” seumur hidup sebanyak RM1,000 yang dibayar kepada urus insan sdn bhd sebagai syarikat pentadbir. Setakat ini tiada syarat lain yang dikenakan untuk menjadi ahli MI. Perubahan syarat-syarat penyertaan akan diberitahu dari masa ke semasa.
Tarikh Tutup Penyertaan.
MI tidak mempunyai tarikh tutup penyertaan, ahli urusinsan boleh menyertai MI pada bila-bila masa dan syarat-syarat penyertaan boleh berubah bila-bila masa dan notis pemberitahuan akan diumunkan kepada semua anggota urusinsan dari masa kesemasa. Peserta yang berminat dikehendaki menghantar email kepada urusinsan@gmail.com dan perkembangan penyertaan anda akan diberitahu kelak.
Apa yang peserta dapat jika menyertai MI?
Antara kelebihan menyertai Mi adalah mendapat sokongan daripada rangkaian peserta MI yang tersedia ada. Kedua mendapat pelbagai jenis Ilmu dari sessi perjumpaan, seminar , bengkel dan latihan yang di anjurkan oleh MI. selain daripada itu peserta MI juga akan diberikan rebet melalui sistem voucher yang diperkenalkan jika menggunakan kemudahan yang disediakan oleh urusinsan dan rakan niaga urusinsan. Peserta MI akan dapat menikmati perkhidmatan yang lebih murah yang disediakan oleh rakan-rakan niaga urusinsan. Peserta juga mendapat kemudahan alat kewangan.
Apa lagi yang terdapat di MI?
Selain daripada apa yang telah di perkatakan, peserta MI juga berpeluang menambah pendapatan dan harta dari projek-projek yang dikendalikan oleh UI khas buat peserta MI, ini termasuklah projek pelaburan dan perniagaan, menambah pendapatan dari aktiviti penganjuran UI dan MI. Peserta MI akan didedahkan dengan “Opportunity Preview” yang hanya di pra-tontonkan kepada peserta MI sahaja.
Apa lagi kelebihan Menjadi Peserta MI?
Peserta Mi juga mempunyai kebenaran untuk mengakses kesemua forum yang terdapat didalam urusinsan. Bukan sahaja Forum MI malah forum-forum lain yang terdalam didalam urusinsan. Tidak cukup dengan itu, peserta MI juga dapat mengakses blog MI yang mana didalamnya terdapat rencana penuh sesuatu kaedah, teknik kewangan dan sebaginya. Peserta MI juga dapat mengakses perpustakaan MI yang mana peserta dapat memuat turun audio, video dan ebook yang berkait rapat dengan kewangan dan pelaburan.
Bagi yang berminat dan ingin mendaftar sebagai peserta atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Urusinsan Millionaire Inside, bolehlah email maklumat anda seperti berikut kepada urusinsan@gmail.com
Buat masa ini Forum Millioniare Inside Masih belum aktif sepenuhnya. Dibawah ini disertakan terma penyertaan Millioniare Inside. Bagi yang berminat untuk menyertai Millionaire Inside, sila baca dengan teliti terma yang disediakan. Wang penyertaan anda untuk seumur hidup tidak akan dikembalikan. Sila baca dengan teliti. Tiada paksaan untuk menyertai Millioniares Inside.
CLIK DISINI UNTUK AKSES KE BLOG DAN FORUM MILLIONAIRES INSIDE