Ada yang bertanya dan menghantar email kepada saya, kalau dirinya sudah di blacklist atau disenarai hitamkan ataupun dirinya telah diistiharkan bankrupt, adakah masih punya peluang dan jalan untuk menjadi kaya? Jawapannya sudah tentu BOLEH, berbanding dengan orang biasa, mereka yang telah disenarai hitamkan atau yang telah di istiharkan bankrupt mempunyai 100% lebih peluang untuk menjadi kaya berbanding dengan kebanyakan orang atau orang biasa, kenapa saya kata begitu?
Perlu kita sedari bahawa disenarai hitamkan atau di istiharkan bankrupt hanyalah keadaan atau situasi , seperti yang kita ketahui , keadaan serta situasi sentiasa boleh diubah hanya dengan mengubah perlakuan @ "behavior" kita, manakala miskin pula adalah corak pemikiran , corak pemikiran atau "state of mind" lebih sukar untuk diubah, kita boleh disenarai hitamkan dan diistiharkan bankrupt , dengan perubahan sikap serta pelakuan kita boleh menjadi kaya. Tetapi jika kita mempunyai minda orang miskin, kita tetap akan miskin biarpun kita tidak disenarai hitamkan atau pun tidak bankrupt.
Antara faktor lain kenapa mereka yang disenarai hitamkan atau bankrupt boleh menjadi kaya ialah :-
Antara yang saya suka tentang mereka yang telah disenarai hitamkan atau bankrupt ialah mereka tidak mempunyai pilihan lain selain daripada pembelian tunai , ini akan mengelakkan mereka dari berhutang dan mereka tidak boleh berhutang dengan cara mengikut undang-undang. Fokus menambah harta dapat dilakukan dengan lebih teratur dan lebih fokus. Walaupun begitu semua ini hanya boleh dicapai jika pemikiran mereka yang telah disenaraihitamkan atau bankrupt telah berubah kerana seperti yang saya katakan diawal catitan ini, KAYA atau MISKIN adalah corak pemikiran atau "state of mind". Yang pasti Kalau anda mempunyai pemikiran orang kaya dan lakukan apa yang orang kaya lakukan untuk menjadikan mereka kaya, maka satu hari nanti anda menjadi kaya, manakala jika anda mempunyai pemikiran orang miskin dan terus lakukan apa yang orang miskin lakukan , yang pasti anda akan menjadi miskin dan terus miskin sehingga akhir hayat anda.
Mahu tahu apa yang orang kaya fikirkan dan apa yang mereka lakukan untuk menjadi kaya?
Anda boleh isi maklumat kewangan anda dengan borang yang disertakan , hantar kepada saya dengan email kepada urusinsan@gmail.com dengan tajuk "SAYA INGIN JADI KAYA", saya akan memberikan anda jalan dan cara bagaimana untuk menjadikan anda kaya , buat atau tidak terserah kepada anda, tidak kira samaada anda telah disenaraihitamkan mahupun yang telah bankrupt. Kaya atau miskin terletak ditangan anda kerana anda yang membuat keputusan samaada mahu jadi kaya atau miskin seumur hidup anda. INGAT!!! MISKIN atau KAYA HANYA DIDALAM PEMIKIRAN ANDA, apa yang perlu anda lakukan hanya UBAH PEMIKIRAN ANDA.
NOTA : UNTUK MELIHAT APA JUGA LAMPIRAN PADA SETIAP ARTIKEL , SILA DAFTAR MENJADI AHLI FORUM UMUM. PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA.
salam
Zaidi Ismail
Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan terkini urusinsan atau berbincang dengan teman-teman lain mengenai pengurusan kewangan umumnya dan penambahan harta khasnya, anda boleh menyertai kami di Facebook , laman web social yang mempunyai ciri-ciri interaktif.
Sila CLIK DISINI untuk menyertai kami di FACEBOOK.
Salam
Zaidi Ismail
Dalam keadaan hari ini dimana dunia huru-hara dengan bermacam masalah ekonomi, pendidikan kewangan amatlah diperlukan, banyak perkara telah berubah berbanding dengan zaman ibu dan ayah kita dahulu, 30 tahun yang lalu, kekayaan dapat dibina dengan hanya bekerja keras. Tetapi hari ini bekerja keras semata-mata tidak menjamin bahawa kita dapat membina kekayaan seperti zaman ibu dan ayah kita. Oleh kerana globalisasi, Ilmu dan pendidikan kewangan menentukan seseorang itu bakal menjadi miskin atau kaya, hari ini pekerjaan bukan lagi sesuatu yang kekal, disebabkan pelbagai faktor seperti persaingan , pasaran dan lain-lain , sebagai individu adalah amat penting bagi kita membuat persediaan kerana hanya mengharapkan satu pekerjaan semata-mata mungkin akan membahayakan kesihatan kewangan kita.
Hari ini, antara pendidikan kewangan yang penting ialah mempelajari kaedah menjalankan jualan , setiap daripada kita perlu tahu bagaimana untuk menjual, samaada menjual barangan , perkhidmatan mahupun kemahiran yang kita miliki. Suka atau tidak kita perlu belajar menjadi seorang jurujual, ini kerana keadaan semasa menunjukkan bahawa budaya kepenggunanaan semakin menebal didalam masyarakat hari ini, dilihat hari ini hampir semua perkara perlu dibayar, ini berbeza sekali pada 30 tahun yang lalu dimana masyarakat masih menjalankan aktiviti sukarela, hari ini kita perlu mengutip derma untuk membantu mereka yang memerlukan.
Mengapa kemahiran menjual menjadi sebahagian daripada pendidikan kewangan, menjual memerlukan kita mengetahui terma kewangan seperti untung dan rugi, aliran tunai , kos , amortisasi dan sebagainya. Bagaimana kita mahu memaksimakan pendapatan daripada harta kita jika kita tidak tahu menjual? Kenapa ada yang memiliki harta yang sama seperti orang lain tetapi tidak mendapat sebarang pendapatan daripadanya? Ada yang memiliki rumah , kereta , tanah , malah pekerjaan tetapi tidak mendapat pendapatan , jika ada pun ianya amat sedikit untuk menampung kehidupan? Ini kerana harta tersebut tidak dimaksimakan dan bagi kebanyakan orang, mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapat pendapatan maksima daripada harta tersebut.
Jelas sekali pendidikan kewangan amatlah penting, sayang sekali ianya tidak diajar di sekolah , tiada mata pelajaran pendidikan kewangan diajar disekolah, saya kira jika ada, pasti ramai yang berhenti sekolah dan hanya fokus pada penambahan harta daripada meneruskan pengajian mereka. Disini ingin saya tegaskan bahawa hanya melalui pendidikan kewangan kita dapat menjamin kesihatan kewangan kita sentiasa sihat dan menjauhkan kita dari masalah kewangan, melalui pendidikan kewangan kita akan dapat membezakan antara keputusan kewangan yang baik berbanding dengan yang buruk , ianya dapat mengelakkan kita tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya dan pelbagai lagi skim penipuan yang banyak terdapat hari ini.
Perbezaan paling ketara hari ini ialah manusia menjadi semakin rakus dan terikut dengan apa yang ditonjolkan oleh media biarpun kebanyakan perkara yang ditonjolkan tidak benar sama sekali, kita terikut-ikut dengan cara hidup daan budaya yang ditonjolkan, kita menganggap bahawa mereka yang berbelanja besar, berkereta besar , rumah besar dan sebagainya sebagai simbol kekayaan. Akan tetapi kekayaan bukan diukur dengan harta benda tetapi ianya diukur melalui berapa lama kita boleh hidup hari ini tanpa perlu bekerja, tanpa pendidikan kewangan, bagaimana persediaan kita jika kita hilang sumber pendapatan daripada pekerjaan kita? Tanpa pendidikan kewangan, apakah kita mampu memilih produk kewangan yang sesuai dengan keadaan kita? apakah membeli rumah dengan pinjaman selama 30 tahun lebih baik berbanding dengan pinjaman 15 tahun ? Apakah kriteria yang anda lihat sebelum memilih pinjaman perumahan yang sesuai? adakah cukup hanya sekadar melihat jumlah bayaran bulanan sahaja? atau adakah anda percaya 100% apa yang bank anda pilih untuk anda? bagaimana anda membuat keputusan tersebut? Adakah anda tahu bagaimana untuk memaksimakan pemilikan harta tanpa perlu membayar cukai untuknya? atau memiliki pendapatan daripada harta anda tanpa perlu membayar cukai ? Adakah anda tahu hak anda dari segi pemotongan cukai jika anda tidak mempunyai pendidikan kewangan?
Jika anda rasakan bahawa pendidikan kewangan penting bagi anda untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar hari ini, maka cari dan pelajarilah ia, persoalannya kini dimana sumber yang sesuai yang boleh anda mendapat pendidikan kewangan?
Yang pasti terdapat beberapa tempat yang tidak sesuai untuk anda pelajari tentang kewangan, hindari daripada sumber-sumber berikut :-
Jika begitu , dimana sumber pendidikan kewangan yang sesuai pada hari ini.
Diharapkan agar kita sentiasa belajar dan menambah ilmu kewangan kita supaya kita tidak ketinggalan kelak dalam menghadapi dunia moden yang semakin mencabar.
Salam Zaidi Ismail
Saya serta Urusinsan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga urusinsan dan juga kepada mereka yang mengunjungi portal ini.
Saya mohon maaf jika ada yang terkecil hati , terkasar bahasa dan sebagainya sepanjang saya mengendalikan portal ini. Tiada niat dihati untuk melakukannya.
Semoga anda semua bergembira menymbut syawal ini.
Salam Hari Raya daripada saya.
Zaidi Ismail
Founder Urusinsan.
Ada yang bertanya kepada saya kenapa isi kandungan portal umum urusisan biasa sahaja, tidak dikongsi dengan pelbagai teknik dan kaedah kewangan yang lebih khusus, hanya sekadar gambaran dan nasihat sahaja. Sebenarnya segala isi kandungan yang lebih mendalam seperti teknik manipulasi kewangan , kaedah dan teknik untuk membina harta, cara melupuskan hutang dan sebagainya hanya di kongsi dan diceritakan kepada ahli forum yang berbayar sahaja.
Bagi saya mereka berhak menerima semua maklumat terkini samaada cara untuk menambah harta , melupuskan hutang , peluang perniagaan , peluang menambah harta , senarai harta boleh miliki dan sebagainya kerana ahli forum berbayar seperti forum urusinsan , forum kad kredit , forum Overdraft dan forum Millionaire Inside terdiri dari mereka yang lebih serius untuk melaksanakan apa yang mereka pelajari dari forum tersebut.
Bagi yang tidak serius dan hanya sekadar ingin tahu, maka tempat mereka mendapatkan maklumat hanya di forum umum dan juga coretan blog urusinsan sahaja. Jika anda seorang yang serius mahukan perubahan kewangan, mahu melupuskan hutang piutang anda, mahu jadi kaya atau paling tidak berfikir seperti orang kaya, anda boleh menjadi ahli berbayar forum ini.
Keahlian seumur hidup adalah seperti berikut :-
Nota : Forum Urusinsan diberikan akses percuma kepada mereka yang menjadi ahli forum diatas. Ahli forum berbayar boleh mendapatkan analisa kewangan serta saranan dan cadangan daripda saya secara percuma.
Anda boleh email kepada urusinsan@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Salam Zaidi Ismail.
Baru-baru ini saya berpeluang untuk menonton rancangan Suzie Orman di CNBC , saya dah lama tak tengok CNBC , maklumlah, di rumah saya pun bukannya ada Astro, dah lebih setahun saya terminate. Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila seorang pemanggil menalipon ke rancangan beliau dan menyatakan bahawa dia mempunyai jumlah hutang sebanyak USD200K dan kebanyakannya ialah hutang pengguna (hutang kad kredit , hutang kereta , hutang barangan peribadi dan sebagainya) dengan kata lain , hutang yang tidak mambawa nilai peningkatan (loosing value). Beliau bertanya kepada Suzie , apa yang patut beliau lakukan kerana buntu dengan keadaan tersebut.
Jawapan yang diberikan oleh Suzie tidak pernah saya fikirkan selama ini, beliau berkata secara asasnya (Rule Of Thumb) , jika hutang pengguna seseorang itu melebihi jumlah pendapatan tahunannya maka dia secara asasnya adalah seorang yang muflis. Kenyataan beliau mengejutkan saya kerana selama ini tidak terlintas difikiran saya bahawa seseorang itu sebenarnya Muflis biarpun dia mampu untuk membuat bayaran bulanannya.
Mari kita muhasabah diri kita dengan contoh dibawah ini :-
Jika keluarga anda (pendapatan suami + isteri) mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM60K setahun (RM5K sebulan) dan anda mempunyai hutang pengguna (tidak termasuk rumah anda) melebihi jumlah tersebut, maka secara asasnya anda adalah seorang yang muflis. Mari kita lihat hutang pengguna yang biasa ada pada kebanyakan dari kita.
Ini bermakna, anda seorang yang muflis biarpun anda hanya perlu membayar bayaran ansuran kenderaan , kad kredit dan sebagainya kurang daripada pendapatan bulanan anda, bayangkan jika anda memiliki sebuah kereta yang berharga RM60K , tidak termasuk hutang kad kredit dan hutang pengguna yang lain. Anda seorang yang MUFLIS kalau mengikut "RULE OF THUMB" tersebut.
Saya menunggu jawapan magik daripada Suzie bagi menyelesaikan dilemma ini, bagaimanakah caranya? dan jawapan beliau ialah melupuskan semua hutang pengguna (consumer debt) anda secepat mungkin, ini bermakna menjual kereta anda jika boleh serta menggunakan kereta yang lebih murah dan menjelaskan hutang yang selebihn ya secepat mungkin dengan memcari pendapatan tambahan.
Satu jawapan yang bukanlah magik dan semua orang tahu akan jawapan ini, tetapi berapa ramaikah yang mengambil tindakan tersebut? Jika "RULE OF THUMB" ini digunakan di Malaysia, saya kira mungkin lebih daripada separuh rakyat Malaysia boleh diistiharkan sebagai golongan MUFLIS , dari "RULE OF THUMB" diatas , tanya diri anda, adakah anda seorang yang MUFLIS ? Jika jawapanya YA , apakah tindakan anda ?
Sila kongsi pandangan anda tentang RULE OF THUMB Suzie Orman ini.
Salam Zaidi Ismail
Oleh kerana ramai yang bertanya dengan saya tentang koleksi video perancang serta perancangan kewangan yang ada pada saya , ramai yang samaada mahu pinjam atau beli dari saya, tapi malangnya jika saya bersikap begitu maka ramai yang akan terlepas peluang untuk menyaksikan video pembelajaran perancangan kewangan dari mereka yang terkenal seperti Suzie Orman , Dave Ramsey , Robert Kiyosaki dan sebagainya. Ramai juga akan terlepas peluang untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh saya samaada yang membicarakan tentang teknik atau kaedah kewangan untuk melupuskan hutang ataupun untuk menambah harta. Kini dengan teknologi Internet yang serba maju, video-video seumpama ini akan dapat dinikmati oleh semua ahli urusinsan.
Saya akan mula meletakkan video-video tersebut kedalam portal urusinsan bergantung kepada jenis tajuk serta keperluan forum. Jika video tersebut membicarakan tentang kad kredit misalnya seperti teknik snowball oleh Dave Ramsey , maka video pengajaran teknik tersebut akan diletakkan pada forum terbabit. Sama seperti jika video mengenai hartanah ianya akan diletakkan didalam forum Millionaire Inside yang berkisar tentang hartanah. Sebagai contoh , disertakan dibawah ini video dari Robert Kiyosaki berkenaan Rahsia Kejayaan Orang Kaya.
Video ini hanyalah sebagai contoh sahaja, terdapat banyak video lain yang mempunyai durasi sehingga dua jam yang mana bukan sahaja membicarakan tentang konsep kewangan malah mengajar kita teknik serta kaedah mengawal dan merancang kewangan kita supaya lebih tersusun dan efektif. Bukan itu sahaja, terdapat juga perancang kewangan yang mengajar tentang subjek penambahan harta. Bagi yang telah menjadi ahli forum kad Kredit , Overdraft dan Millionaire Inside, ini adalah satu lagi kemudahan bagi anda. Anda memerlukan jalur lebar (Broadband) untuk melihat video yang dipamerkan. Beri sedikit masa (min 30 saat) sebelum video boleh di siarkan. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk melihat video yang dipaparkan , sila pastikan bahawa "web browser" anda telah dikemaskini, pastikan "ActiveX" anda di "enable" dan juga sila "update" "browser" anda untuk menerima "flash palyer 10", sila email ke urusinsan@gmail.com jika anda mengalami kesukaran untuk melihat video yang di siarkan.
Sila beri pendapat dan pandangan anda mengenai kemudahan video ini.
Selamat Berjaya
Zaidi Ismail
Sebulan kebelakangan ini saya agaak sibuk dengan beberapa perkara , antaranya ialah pembukaan Kafeteria di Spirit Aerosystems (Kami diberi amanah untuk menguruskan sebuah kafeteria berhampiran Labangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang) , yang kedua pula sibuk dengan renovasi rumah sewa di Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, setelah hampir setahun menunggu penyelesaian transaksi antara bank dan sebagainya, barulah kini mendapat kunci rumah dan sebagainya. Oleh yang demikian lama juga saya tidak menjenguk urusinsan buat seketika.
Apa yang ingin saya kongsikan pada anda untuk kedua-dua keadaan diatas, saya sering mencari peluang untuk menambah nilai didalam sesuatu urusan yang sedia ada. Sebagai contoh, memiliki restoran sendiri membolehkan saya menerima peluang lain seperti mengurus sebuah Kafeteria, ini membolehkan saya menggunakan kemudahan , pekerja , kelengkapan dan sebagainya yang telah tersedia ada untuk membantu dan memudahkan saya mengurus Kafeteria baru tersebut, dengan kata lain "Make Use What We Have". Bukan itu sahaja memiliki restoran ( www.paksucorner.com )sendiri juga membolehkan saya menerima tempahan Katering , Makan berkumpulan , Tempahan Restoran dan sebagainya, pelanggan akan lebih yakin kerana kita memiliki sesuatu yang boleh ditawarkan dengan kadar segera. Dengan kata lain " Natural Progression To The Business".
Manakala didalam urusan rumah sewa di Vista Angkasa pula saya "leverage" kontraktor yang sedia ada, penyewa yang tersedia (ready and available market) untuk memasarkan rumah sewa tersebut. Pada keadaan biasa saya akan menyewakan sebuah rumah, akan tetapi saya mengubah strategi ketika menyewakan rumah di Vista Angkasa, saya menyewakannya berdasarkan individu, sebagai contoh, di vista angkasa kadar sewa sebuah rumah adalah diantara RM900 hingga RM1400 bergantung pada keadaan serta kelengkapan rumah tersebut. Manakala saya pula menyewakan pada seseorang individu pada kadar RM200 seorang , jika sebuah rumah boleh memuatkan 8 orang misalnya, maka saya memperolehi pulangan sewa RM1600 untuk sebuah rumah, ianya hampir 2 X ganda pada rumah kosong dan lebih RM200 pada rumah yang tersedia kelengkapan (fully furnish), tidak dinafikan ianya melibatkan urusan yang lebih jika dibandingkan hanya menyewakan pada kadar sebuah rumah, disinilah saya "leverage" sekali lagi pada infrastuktur sedia ada untuk menambah nilai.
Dengan mengurus sebuah kafeteria, saya juga mengikat perjanjian dengan sebuah pengusaha makanan ringan dan minuman ringan untuk membekalkan kemudahan kepada pengunjung kafeteria tersebuat tanpa perlu mengeluarkan apa-apa modal menggunakan VOM (Vending Operating Machine), tanpa perlu pekerja menjaga peralatan tersebut. Sekali lagi saya "leverage" yang tersedia ada untuk menambah nilai sesuatu harta atau perniagaan tersebut.
Jika anda sedang melakukan sesuatu urusan sekarang samaada perniagaan ataupun menambah harta, maka carilah peluang untuk menambah nilai urusan tersebut , bagaimana ianya dapat manjana atau menambah pendapatan tanpa perlu menambah modal atau masa pengurusan anda, "leverage" atau gunakan apa yang telah tersedia dalam urusan tersebut. Sebagai contoh diatas, saya menambah pendapatan jualan Kafeteria dengan hanya pengikat perjanjian dengan vendor "vending machine" , saya meningkatkan kadar sewa hanya dengan mengubah strategi penyewaan daripada satu rumah kepada individu. Kedua-dua tindakan tersebut tidak memerlukan saya menambah modal atau mengeluarkan belanja untuk mendapatkannya.
Diharap anda akan sentiasa menambah nilai (value add) pada setiap urusan anda. Sila kongsi pandangan serta pengalaman anda menambah nilai didalam setiap urusan anda di sini.
Salam
Zaidi Ismail
Salah seorang mentor saya pernah berpesan , "those who do try to do everything end up doing nothing" , jika ditanya pada saya apa yang saya inginkan pada usia 12 tahun, saya masih terkial-kial untuk menjawab, pada usia saya 15 tahun saya jumpa jawapannya. Saya katakan pada diri saya yang saya mahu jadi kaya.
Ketika itu saya saya tidak tahu apa yang perlu lakukan dan bagaimana untuk menajdi kaya, saya juga tidak tahu definasi kaya, apa yang saya tahu ketika berumur 15 tahun ialah saya mahu jadi kaya dan berjaya kerana kemiskinan bukan satu pilihan, maka bermulalah episod "tidak kira apa yang perlu saya lakukan , yang penting saya boleh jadi kaya" , akhirnya saya mencuba pelbagai kerja dan pelbagai iktiar untuk menjadi kaya. Seperti kata mentor saya "those who try to do everyhting end up doing nothing" begitu juga saya, selama 10 tahun saya membuang masa tidak mahu belajar formula sebenar kekayaan.
Selama itu jugalah saya tidak mencapai apa-apa kejayaan, apa yang saya dapat hanyalah satu ilusi. Wang ialah satu idea, apa yang anda fikirkan tentang wang atau idea anda tentang wang , maka itulah ia bagi anda. Jika wang itu boleh memberikan anda benda, maka wang itu adalah benda, jika wang itu kebahagiaan bagi anda, itulah ianya bagi anda. setiap daripada kita mempunyai idea yang berbeza tentang wang. Bagi saya, wang adalah "tools" atau alat. Tidak lebih daripda itu.
Saya membuang masa selama 10 tahun untuk memahami konsep itu. Kini saya tidak lagi memerlukan wang seperti dahulu, ianya masih merupakan alat penting untuk meneruskan kehidupan, tetapi bagi saya ianya tidak sepenting dahulu. Bagi saya, yang penting kini hanyalah hasil yang mahu saya perolehi, bukan wang. tetapi apa yang boleh saya capai dengannya.
Fomula kekayaan adalah mudah, KAYA = HARTA , apa yang perlu saya lakukan hanyalah mengumpul sebanyak harta yang boleh, lebih banyak harta, lebih kaya dan HARTA = PENDAPATAN , maka lebih banyak harta, lebih banyak pendapatan. Saya tidak fokus pada PENDAPATAN kerana ianya akan datang sendiri apabila kita memiliki harta. Selama 10 tahun saya membuang masa untuk mengetahui fomula ini. Fokus adalah penting, jangan jadi seperti saya yang pernah satu ketika dahulu cuba melakukan bermacam perkara dan pekerjayaan, dahulu saya saya fikir lebih besar pendapatan, lebih kaya seseorang, tanggapan saya salah.
Kini, saya hanya fokus pada HARTA, bukan pekerjaan dan bukan pendapatan, hanya harta, kerana harta yang menentukan kekayaan. Saya kini hanya fokus pada pemilikan harta dan pengurangan hutang, semua wang yang saya kini dihabiskan untuk membeli/ memiliki harta dan melangsaikan hutang secepat yang mungkin. Saya harap tidak terlewat bagi anda sebagaimana saya telah terlewat selama 10 tahun untuk mengetahui fomula kekayaan ini. Fokus hanya pada satu perkara dan lakukan yang terbaik, bagi saya perkara tersebut ialah pemilikan harta.
Sila berikan pandangan dan pendapat anda mengenai nukilan ini, pandangan dan pendapat anda amatlah dihargai.
salam
Zaidi Ismail
Pernahkah anda terfikir kenapa 2 atau lebih individu yang mempunyai pendapatan yang sama tetapi mempunyai nilai kewangan yang berbeza. Anda semestinya pernah mendengar atau mengalami sendiri bagaimana individu yang mempunyai pendapatan yang sama tetapi ada yang berjaya memiliki harta manakala ada individu yang lain memiliki sejumlah hutang yang banyak biarpun menerima sejumlah pendapatan yang sama atau hampir sama ataupun menjawat jawatan yang sama.
Bagaimana seseorang yang bependapatan isi rumah RM3000 misalnya mampu memiliki wang simpanan, rumah , kenderaan dan bermacam lagi , dapat hidup selesa dan bahagia tanpa tekanan kewangan sedangkan ada yang lain juga berpendapatan isi rumah yang sama tapi cuma berjaya mengumpul hutang serta mempunyai tekanan kewangan yang tinggi, kenapa ini boleh terjadi?
Apa yang membezakan kedua individu atau isi rumah ini? Saya mengkategorikan mereka ini kepada dua kumpulan, yakni mereka yang memiliki common sense dan mereka yang lain hanya mempunyai common cents tanpa common sense , secara kasar keduanya memiliki common cents yang sama (pendapatan dan wang hasil pekerjaan). Tetapi yang membezakan mereka ialah common sense yang mereka miliki. Sebagai contoh; Kenapa terdapat akautan yang berjaya dari segi kewangan manakala ada juga akauntan yang sesak dari segi kewangan, walaupun kedua-duanya dilatih untuk mengurus kewangan, ada akauntan yang berjaya mengurus kewangan orang lain dengan baik , tetapi gagal mengurus kewangan peribadi.
Adakah ianya disebabkan oleh hawa nafsu semata-mata atau lebih daripda itu? Mari kita lihat satu contoh mudah perbezaan ketara antara mereka yang memiliki common sense dengan mereka yang hanya memiliki common cents.
katakan anda berada didalam situasi berikut :-
Scenario 1 - Anda diberikan pulangan sebanyak RM200K setelah melabur kedalam satu pelaburan bank yang dijamin selama 20 tahun dengan membuat pinjaman sebanyak RM100k daripada bank tersebut pada kadar bayaran balik RM1500 sebulan. Anda mempunyai kemampuan untuk membuat bayaran pinjaman tersebut selama 20 tahun. Diakhir tahun ke 20, anda diberikan RM200K , manakala sepanjang waktu pelaburan anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan wang pelaburan tersebut (Dengan kata lain meminjam untuk melabur)
Scenario 2 - Menyimpan sendiri sebanyak RM1500 sebulan selama 20 tahun.
Mana satukah pilihan anda? Bagi yang memilih scenario 1 , anda memiliki common cent , manakala yang memilih scenario 2 , anda adalah golongan yang mempunyai common sense.
Sifat atau ciri-ciri inilah yang membezakan antara seseorang dengan individu yang lain apabila berkaitan dengan kewangan dan cara terbaik untuk mengurusnya. Ini bermakna seseorang yang memiliki common cents seperti orang lain tidak semestinya memiliki common sense untuk mengatur dan mengurus kewangan peribadi mereka dengan baik jika tidak di lapik dengan common sense.
Pendapat dan pandangan anda mengenai topik ini amatlah dihargai.
Salam
Zaidi Ismail
Sebahagian besar ahli urusinsan mengetahui yang saya ada menganggotai sekumpulan pelabur bukan bumiputera yang bergiat aktif di Malaysia dan diluar negara, seringkali saya mendapat bermacam peluang daripada kumpulan ini dan saya cuma untuk membentuk urusinsan sepertimana model kumpulan ini bergerak, namum masih belum memberikan hasil yang dimahukan. Baru-baru ini saya mendapat peluang untuk menambah pelaburan hartanah melalui peluang yang disediakan oleh kumpulan ini. Berikut adalah sebahagian daripada bingkisan email yang saya terima daripada pendokong utama kumpulan ini.
" Over the last year, we have been getting listing of auction properties from auctioneers and banks. The list has basically overwhelmed us and we thought of how to share this listing with you.
As we were thinking of how share the list with you, something better came our way. We now have DIRECT ACCESS to listing of auction properties nationwide and the listing as of today is 32,121! Well, not the entire listing is of good value but there gems in it.
In fact. the moment we got the list, we managed to secure a unit at RM100,000 below market price.
With this, we can help you be on the look out for property below market price in your choice location, help you secure the unit during the auction and secure the loan for you as well. We can do ALL these at NO COST to you. You can always buy us lunch:) "
Daripada bingkisan email diatas jelas semangat kerjasama antara bukan Melayu @ Bumiputera, sanggup berkongi peluang dan kekayaan, Apa yang ingin saya ungkapkan ialah, tatkala orang lain (bukan bumiputera) sedang maju kehadapan disamping menambah harta mereka, kita (Melayu) sedang bergaduh dan mencurigai antara satu sama lain, berebut pangkat dan mempertahankan benang basah masing-masing, bukan itu sahaja , peluang yang diberikan untuk belajar juga tidak diambil peduli oleh orang kita. Saya berasa amat sedih, sebagai contoh, urusinsan telah diujudkan lebih 1 tahun, namun ianya hanya mempunyai ahli aktif tidak sampai 100 orang dan ahli MI lebih kurang 30 orang, sedangkan kumpulan pelabur bukan bumiputera yang saya anggotai mempunyai lebih 4000 ahli aktif seluruh Malaysia yang membayar RM4500 untuk menjadi ahli seumur hidup. Ini jika dibandingkan ahli urusinsan yang membayar RM12 setahun tidak sampai 50 orang, Itupun ramai yang mengeluh bertanya kenapa kena bayar, pepatah Inggeris ada yang menyebut " You Pay Peanuts, You Get Monkeys" , itulah harga yang anda bayar.
Memang patut orang bukan Melayu @ bumiputera lebih maju daripada kita, kerana mereka berlumba-lumba belajar dan merebut peluang yang ada, mereka mempunyai "commitment" tinggi untuk berjuang dan terus maju kehadapan.
Fikir-fikirkanlah,
Salam
Zaidi Ismail
Sudahkah anda mencapai objektif tahun 2008 anda? Bagaimana perasaan anda apabila dapat mencapai sasaran objektif anda? Puas hati? Atau masih tercari-cari kaedah dan cara berkesan untuk mencapai objektif anda? Jika anda gagal mencapai objektif anda pada tahun 2008 , jangan panik, tahun 2009 masih ada. Tetapkan objekti dan ambil tindakan , itu sahaja, mudah bukan, tiada emosi hanya tindakan.
Bagi saya, tahun 2008 merupakan tahun yang sangat menarik, terdapat banyak peristiwa dan kenangan yang saya lalui pada tahun 2008 yang akan saya abadikan selama-lamanya. Saya bertunang pada tahun 2008 , saya memiliki perniagaan Restoran pada tahun 2008 , Pendapatan saya meningkat hasil daripada pelaburan dalam bidang hartanah dan perniagaan Restoran pada 2008 dan banyak lagi yang berlaku pada tahun 2008.
Apa pula rancangan dan objektif anda pada tahun 2009? Dari segi kewangan pada saya tahun 2009 akan merupakan tahun yang mencabar diri saya sebagai seorang pelabur , terlalu banyak pilihan pemilikan harta akan berlaku pada tahun 2009 , terutama pada industri hartanah. Aliran tunai yang mencabar kerana pembayaran balik hutang yang labih tinggi (kadar faedah yang rendah memungkinkan pembayaran balik yang lebih tinggi bagi mengurangkan "prinsipal pinjman", ini bagi memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman berbanding ketika keadaan dimana kadar faedah yang lebih tinggi).
Tahun 2009 ialah tahun dimana saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengurangkan hutang yang tidak memberikan pulangan serta meningkatkan hutang yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. "Reconcilation" atau pengaburangan dan pengurangan hutang "tidak perform" adalah merupakan objektif utama saya pada tahun 2009. Ini termasuklah mengurangkan "exposure" hutang peribadi.
Bagi yang masih merancang objektif kewangan anda, saya harap agar anda dapat merialisasikan objektif anda dengan cemerlang. Jumpa lagi dalam siri-siri kelas yang akan datang.
Salam
Zaidi Ismail
Setelah sekian lama saya cuba untuk mengadakan satu blog yang lebih bersifat peribadi mengenai diri dan keluarga saya, alhamdulillah akhirnya saya berkesempatan untuk menzahirkannya di http://blogzaidi.blogspot.com Blog ini berbeza dengan blog saya yang terdahulu kerana blog ini akan bersifat peribadi atau personal tentang pemikiran serta aspirasi saya sebagai seorang individu. Blog ini juga akan menjadi wadah dimana saya merekodkan perihal peribadi saya bagi tujuan untuk meninggalkan kenangan yang boleh dibaca oleh keturunan dan generasi selepas saya kelak.
Blog yang berbentuk arkib kehidupan ini diharap akan dapat memberikan inspirasi serta motivasi bagi mereka yang memerlukannya. Ianya bukanlah bertujuan kormersil atau untuk membangga diri tetapi lebih kepada keperihatinan saya untuk berkongsi pengalaman supaya kelak dapat memberikan manafaat kepada pembacanya. Blog ini juga bukan bertujuan untuk mengutuk , memaki atau mengaibkan sesiapa dan jauh sekaii untuk merendahkan keupayaan orang lain. Ianya tidak lebih dari ekspresi dan refleksi diri saya sendiri. Saya percaya dengan ekspresi "Cakap Serupa Bikin" dan sebab itu jugalah saya berharap blog ini akan menjadi bukti kepada ekspresi tersebut.
Saya berharap agar pengunjung akan dapat memberikan sokongan dengan berinteraksi secara aktif di blog tersebut.
Wasallam
Zaidi Ismail
Ketika ramai orang ketidak haruan , panik dan juga takut dengan keadaan ekonomi semasa, adakah kini masa yang paling sesuai untuk menambah harta anda ?. Purata harga saham berkualiti di BSKL jatuh dengan amat teruk sekali , amanah saham yang berkualiiti juga tidak terkecuali, anda dapat membeli saham yang dahulunya dianggap saham-saham mewah (Blue Chips) pada harga diskaun kini, kuncinya adalah saham atau amanah saham berkualiti (yang memberikan bukan sahaja peningkatan modal tetapi juga dividen yang konsistan). Terdapat juga nilai hartanah yang semakin menurun dibeberapa kawasan tertentu. Dikala ini ramai dikalangan rakyat Malaysia mula mengikat perut dengan cuba untuk menyimpan wang mereka dan cuba untuk tidak membelanjakannya , kebanyakannya berbuat demikian kerana tidak berasa yakin dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang menunda rancangan mereka untuk bercuti atau untuk membeli barangan mahal yang mereka idamkan selama ini seperti rumah , kereta dan juga barangan pengguna yang lain.
Kebanyakan mereka berfikir masa susah berjimat manakala masa senang berbalanja, itu adalah pemikiran lebih 90% rakyat dimana-mana negara, manakala orang kaya pula berfikir masa susah berbelanja (membeli harta) manakala ketika senang mereka menyimpan (menambah nilai harta mereka). Alasannya amat mudah, ketika keadaan susah ramai peniaga akan menjual barangan dengan keadaan murah untuk mengelakkan kerugian stok berlebihan, ada juga yang tidak dapat meneruskan gaya hidup mereka dan terpaksa menjual apa yang mareka ada (rumah , kereta dan lain-lain) bagi mengurangkan kos hidup dan kebiasaannya barangan ini dijual pada harga yang murah. Ketika ini, sesiapa yang memiliki wang dapat memilikinya pada harga diskaun yang besar. Sebagai contoh, saya baru saja menyelesaikan transaksi pembelian sebuah rumah flat satu bilik dengan harga RM40K ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai kadar sewaan sebanyak RM450 sebulan yakni pulangan melebihi 13% setahun. Rumah di kawasan yang sama setahun yang lalu dijual pada harga RM50K kini boleh dimiliki dengan harga RM40K sahaja , yakni diskaun sebanyak 25%.
Terdapat beberapa faktor kenapa perkara sebegini terjadi :
Ramai yang mengeyahui yang saya tidak suka menyimpan wang, saya suka berbelanja, paling banyakkan pun saya hanya menyimpan RM10K wang tunai dan selebihnya berbentuk harta yang memberikan pendapatan. Lagipiun hasil keuntungan dari simpanan tunai tidak dapat mengatasi kadar inflasi semasa. Menggunakan Kaedah "Wealth Cycle Investing" saya membelanjakan wang saya untuk membeli harta hasil daripada pendapatan dari harta sebelumnya. Sesungguhnya menambah harta itu adalah satu pekerjaan yang membosankan. Mana tidaknya, untuk menambah harta, anda perlu membuat kajian , melihat tawaran-tawaran yang ada dipasaran untuk dibandingkan dan pelbagai aktiviti lain sebelum membuat keputusan melabur keatas harta tersebut. Melihat rakan-rakan dan orang sekeliling dengan mudah menambah beban mereka untuk menjadikan mereka lebih miskin, rasa terdetik di hati untuk berbuat begitu terutama berhutang untuk miskin amat mudah dikala ini. Mana tidaknya , untuk manjadi kaya memerlukan masa , tetapi untuk menjadi miskin hanya sekelip mata. Mungkin kerana itu ramai yang lebih rela menjadi miskin dari kaya kerana tidak sabar menunggu untuk menjadi kaya.
Kadangkala saya tidak faham bagaimana dalam keadaan hari ini yang mana terlalu banyak peluang diberikan ramai diantara kita memilih untuk menjadi miskin dari menjadi kaya. Tidak dinafikan , untuk menjadi miskin itu lebih mengujakan , lebih 'exiting" seperti membeli kereta baru (beban) , menukar perabot , pergi bercuti , pulang kekampung setiap kali ada perayaan , berbelanja untuk menjadi lebih miskin lebih "trill" berbanding berbelanja untuk menambah harta, ianya lebih membosankan, tidak boleh menunjuk kekayaan (macam mana nak tunjuk kat orang kalau ada rumah sewa 20 buah berbanding ada kereta 3-4 biji). Walaupun begitu, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk memilik menjadi lebih miskin. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan salah satunya ialah " Ingat kaya sebelum miskin " . Secara ringkas, bila-bila masa sekalipun adalah masa yang paling sesuai untuk menambah harta anda.
Mana satu pilihan anda? berhutang untuk kaya atau berhutang untuk papa? satu persoalan ialah boleh ke berhutang menjadikan anda kaya? adakah yang dimaksudkan kaya dengan hutang atau betul-betul kaya? Yang saya maksudkan bukan kaya dengan hutang tetapi menggunakan hutang untuk menjadi kaya.
Apa definasi kaya? KAYA = BERHARTA , orang kaya mesti mempunyai HARTA, tiada orang kaya yang tidak memiliki harta, kalau dah kaya namanya mesti mempunyai harta, apa itu harta? HARTA = PENDAPATAN, oleh itu apa sahaja yang memberikan pendapatan samaada secara aktif atau pasif adalah harta, bukan bendanya tapi apa yang dihasilkan oleh benda tersebut. kalau ianya menghasilkan pendapatan atau "INCOME" maka ianya adalah HARTA.
Jika hutang boleh menjadikan seseorang itu kaya dengan harta kenapa pula ramai yang berhutang itu papa atau tidak mempunyai wang serta hidup sempit kerana hutang? Untuk berhutang memang mudah, ianya tidak perlu diajar, celik sahaja mata, peluang untuk berhutang ada dimana-mana sahaja , masuk sahaja bank isi borang dan anda akan diberikan hutang , begitu juga untuk membeli barangan secara ansuran, tunjuk sahaja barang, isi borang dan anda telah selesai akan tetapi berbeza pula dengan cara untuk membayar hutang, jika berhutang itu mudah, membayar hutang memerlukan kemahiran, anda perlu mempunyai ilmu untuk mengetahui cara yang bijak untuk membayar hutang anda supaya ianya bukan sahaja tidak merugikan anda malah tidak menyusahkan hidup anda kelak.
Samaada sedar atau tidak, ramai diantara kita yang berhutang untuk menjadikan diri mereka PAPA atau MISKIN, mereka berhutang untuk kepuasan diri dan bukannya untuk keperluan, ditambahkan lagi kurang atau ceteknya ilmu kewangan, maka mereka menjerumuskan diri mereka kepada kesusahan dan kepayahan. Mereka berhutang membeli barangan atau perkhidmatan yang tidak memberikan tambah nilai atau dengan lain perkataan mereka membeli beban. BEBAN = MISKIN (PAPA) Orang kaya menjadi kaya kerana mereka memiliki HARTA manakala orang miskin menjadi miskin kerana mereka memiliki BEBAN, itu hakikat yang tidak dapat disangkal.
Jika begitu, bagaimana pula hutang dapat menjadikan seseorang itu kaya, jika hutang dianggap satu beban? Disini terletaknya berbezaan diantara mereka yang memilki ilmu pengetahuan didalam mengurus kewangan berbanding mereka yang malakukan sesuatu itu secara semborono atau membabi-buta. Sebagai contoh :- Jika kita memiliki rumah dan perlu membayar bayaran rumah tersebut dengan wang kita sendiri, maka RUMAH tersebut adalah merupakan satu BEBAN, ini kerana kita berhutang untuk memiliki beban dan ianya akan menjadikan kita miskin satu hari nanti. Manakala jika kita memiliki RUMAH dan ianya DISEWAKAN dan bayaran bulanan kepada pihak bank dibayar oleh penyewa, maka RUMAH tersebut adalah merupakan HARTA kepada kita kerana ianya memberikan kita PENDAPATAN dan harta tersebut dimiliki secara PERCUMA disebabkan oleh orang lain membayar harta tersebut buat kita.
Dalam dua senario diatas, kedua-duanya menunjukkan bahawa pemilikan rumah tersebut hasil daripada pinjaman yakni hutang kepada pihak bank, senario pertama merujuk kepada membayar pinjaman bank dengan wang sendiri (WANG KELUAR) dan menjadikan rumah tersebut sebagai satu beban manakala senario kedua pula penyewa membayar ansuran rumah tersebut (WANG MASUK) dan secara langsung menjadikan rumah tersebut sebagai harta, hutang yang sama boleh menjadikan seseoramg itu KAYA dengan HARTA atau MISKIN dengan BEBAN dan RUMAH yang sama boleh menjadikannya HARTA atau BEBAN. Saya tidak bermaksud untuk menggalakkan sesiapa berhutang akan tetapi jika dilakukan dengan betul beserta dengan ilmu pengetahuan, hutang boleh menjadi satu alat yang sangat berkesan untuk menjadikan seseorang itu kaya.
Jangan persalahkan alat kewangan seperti kad kredit , pinjaman peribadi , pinjaman perumahan , pinjaman kenderaan dan pelbagai alat kewangan lain sebagai alasan yang menajdikan anda MISKIN atau PAPA, jika sesuatu alat itu tidak digunakan dengan betul, penggunalah yang patut dipersalahkan. Ketika rencana ini ditulis , saya memiliki lebih 20 kad kredit dari pelbagai bank serta mempunyai hutang kad kredit melebihi RM200K , akan tetapi setiap satunya mempunyai kadar faedah sebanyak 0% dan tidak satupun kad kredit yang saya miliki dibayar oleh wang saya sendiri. Bagi saya KAD KREDIT adalah merupakan RAKAN KARIB saya dan saya tidak dibebani olehnya. Bagaimana pula jika hutang yang mempunyai 0% kadar faedah dilaburkan untuk mendapatkan 15% keuntungan seperti yang saya lakukan sekarang? Jika peluang sebegini diberikan kepada anda, adakah anda ingin mengetahuinya? Sekali lagi saya nyatakan bahawa pengetahuan didalam pengurusan kewangan adalah sangat penting sebelum anda mahu berhutang dan mengunakan alat kewangan seperti kad kredit untuk menjana lebih banyak HARTA. Terus terang saya katakan, saya tidak menyimpan wang, kerana ianya membuang masa, saya menjana wang dengan pemilikan harta bukan menyimpan wang yang semakin hari semakin susut nilai dihakis inflasi.
Tiada salahnya menggunakan hutang untuk menjadikan diri anda kaya dengan pemilikan HARTA , sebelum itu carilah ilmu mengurus kewangan yang betul dan jangan terikut-ikut orang lain jika anda tidak pasti cara dan kaedah yang betul untuk bukan sahaja mengurus kewangan malah untuk mengurus diri anda. INGAT!!! HUTANG boleh menjadikan anda KAYA atau PAPA malah orang terkaya didunia sendiripun berhutang. Syarikat serta perniagaan besar pun berhutang malah institusi kewangan seperti bank juga berhutang, tetapi mereka semakin KAYA dengan pemilikan HARTA melalui HUTANG bukannya KAYA dengan BEBAN. Fikir-fikirkan adakah selama ini anda berhutang untuk KAYA atau berhutang untuk PAPA (miskin) ?
Salam
Zaidi Ismail
PS : Sila berikan pandangan dan komen ikhlas anda mengenai topik ini.
Apa yang anda akan lakukan jika secara tiba-tiba anda mendapat kemudahan seperti yang dilampirkan? sejak kebelakangan ini saya terfikir untuk memiliki sebuah kereta bagi memudahkan saya berulang-alik antara kediaman saya di Petaling Jaya dan juga Restoran Paksu Corner di Shah Alam. Kini saya tidak memiliki sebarang kenderaan sendiri (sudah 3 tahun tidak memiliki kenderaan sendiri, setelah semuanya saya jual dahulu). Pada ketika ini saya sibuk dengan pelbagai cabaran untuk mengurus perniagaan baru ini termasuklah membuka dewan makan yang lebih besar yang boleh menempatkan lebih 300 pengunjung pada satu-satu masa. Restoran yang sedia ada sudah tidak boleh menampung bilangan pengunjung yang ramai di Restoran Paksu Corner. Pada bulan ramadhan ini sahaja kami terpaksa memasang khemah di luar restoran bagi membolehkan pengunjung menikmati hidangan berbuka dengan tenang.

Tidak disangka-sangka semalam saya menerima sepucuk surat daripada CIMB Bank yang memberikan saya kemudahan Pinjaman kenderaan yang "Pre-Approved" atau Pra-Lulus bernilai RM203k tanpa perlu saya memohonnya, mungkin "LOA" atau Law Of Attraction kuat dengan saya, apa yang kita fikir , visualize dan inginkan akan dimenefestasikan secara fizikal jika kita ikhlas memohon pada ilahi (Bagi yang berminat untuk mengetahui teknik Law Of Attraction serta kaedah mengaplikasikannya, anda bolehlah mendaftar untuk mengikuti kelas LOA dengan menghantar email kepada hanafi2k@gmail.com dengan tajuk : Kelas LOA). Mungkin ada yang terfikir , senang betul Encik Zaidi , fikir je boleh terus dapat, semuanya kuasa Allah dan hanya dia yang mengetahui, akan tetapi ada "sains" dibelakangnya.
Pada pandangan anda, adakah Pinjaman Pra-Lulus ini merupakan satu kemudahan (menyenangkan diri) yang membolehkan saya memiliki kenderaan sendiri (setelah lebih 3 tahun tidak mempunyai kereta) atau adakah ianya merupakan satu beban yang akan menjerat diri saya kelak? Apa pendapat dan pandangan anda? Jika anda berada ditempat saya , apa yang anda akan lakukan? Sila berikan pandangan ikhlas anda dibawah, pendapat anda amatlah dihargai.
Seluruh keluarga urusinsan sdn bhd ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Aidilfitri 2008 kepada semua warga Urusinsan dan juga kepada semua pengunjung portal urusinsan. Semoga kita semua dilindungi dan dapat menyempurnakan ibadah yang mulia ini dengan tenang dan penuh tawaduk.

Kami disini ingin juga memohon maaf jika sepanjang kami menguruskan urusinsan jika sekiranya terdapat salah dan silap dipihak kami. Kami juga berharap agar dapatlah sekiranya para ahli dan pengguna portal ini saling memberikan yang terbaik diantara kita. Diharap agar para ahli dapat meluahkan sebarang pandangan dan pendapat bagi memperbaiki urusinsan untuk kesejahteraan kita bersama.

Kami di urusinsan sdn bhd sangat-sangat berharap agar semua ahli sentiasa mendapat manaafat daripada portal dan aktiviti yang dilaksanakan. Semoga semua ahli urusinsan sukses selalu dalam bidang yang diceburi dan juga dalam kehidupan sehari-hari.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga Aidilfitri yang menjelang tiba di rahmati.
Wasallam
b/p Urusinsan Sdn Bhd
Zaidi Ismail
Urusinsan kini mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan melabur kedalam industri pembuatan makanan. Untuk permulaan, urusinsan kini memiliki sebuah restoran yang dikenali sebagai RESTORAN PAKSU CORNER di Seksyen 16 Shah Alam Selangor. Restoran yang telah beroperasi lebih 3 tahun ini kini mendapat suntikan baru apabila urusinsan membuat keputusan untuk melabur dan menjadi rakan kongsi bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan ini.
Restoran Paksu Corner menghidangkan lebih 100 menu hidangan nusantara serta barat yang boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Lebih banyak pilihan hidangan serta perkhidmatan akan di perkenalkan sedikit masa lagi apabila dewan makan baru siap kelak. Dewan baru ini dijangka dibuka pada 1 November 2008, kerja-kerja ubahsuai sedang giat dijalankan. Dewan makan yang boleh mengisi lebih 300 pengunjung pada satu-satu masa bukan sahaja untuk pengunjung restoran sahaja malah ianya dapat menerima tempahan majlis seperti perkahwinan , kenduri , harijadi dan sebagainya. Disamping itu, terdapat juga ruang makan untuk VIP atau tetamu istimewa yang boleh di ubahsuai sebagai ruangan pengantin , jamuan khas dan sebagainya.
kami berharap agar ahli urusinsan dapat memberikan sokongan terhadap restoran ini. Ini adalah merupakan langkah awal urusinsan untuk mengembangkan perniagaan yang boleh dikongsi bersama ahli urusinsan dengan skim francis , partnership atau usahasama dan sebagainya. Segala maklumat terperinci mengenai perancangan ini akan diumumkan kelak.
Kami juga bercadang untuk memberikan kadar istimewa buat para ahli urusinsan yang ingin mengunjungi Restoran Paksu Corner. Ahli urusinsan boleh memuat turun voucher diskaun sebanyak 10% dari laman web www.paksucorner.com Tawaran ini sah sehingga 31 December 2008. Sila layari www.paksucorner.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai restoran ini.
Dipetik daripada Berita Harian.
Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my
Nota : Artikel ini telah diolah dan diubah semula oleh Zaidi Ismail. Pendapat dan pandangan yang diberikan oleh beliau adalah merupakan pendapat dan pandangan peribadi dan tidak mewakili pendapat serta pandangan urusinsan sdn bhd.
DULU segelas teh tarik boleh dibeli pada harga serendah 80 sen atau 90 sen, namun sekarang harganya mencecah RM1.20. Begitulah senarionya apabila tekanan kenaikan harga barangan menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan selain berjimat cermat dalam berbelanja. Kolum Kata Pakar mengundang Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin (AAAT) berkongsi tips belanja berhemat bagi si bujang mahupun yang sudah berumahtangga.
XY : Andaikan situasi ini, seorang lelaki bujang berpendapatan kurang RM2,000 mula merasa terhimpit dengan kenaikan harga barangan sekarang. Lelaki ini membayar sewa bilik RM350 tetapi beliau tidak memiliki kenderaan. Bagaimana sepatutnya lelaki ini berbelanja?
[AAAT] Cara berbelanja berhemat bagi lelaki bujang ini bergantung kepada di mana beliau tinggal dan jika beliau masih menetap di kediaman ibu-bapa atau menumpang di rumah adik-beradik mahupun saudara-mara.
Jika lelaki bujang ini tinggal di bandar dan berkongsi rumah dengan teman-teman, pendapatan bulanan sebanyak itu berkemungkinan besar tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian. Ini berikutan faktor kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini, terutamanya bahan makanan dan bahan bakar (dengan andaian pendapatan tersebut tidak berubah). Tambahan pula, kos sara hidup adalah lebih tinggi di bandar berbanding di luar bandar.
Nasihat saya jangan beli kenderaan bermotor persendirian buat masa ini terutamanya kereta. Ramai yang sedia maklum bahawa kos keseluruhan memiliki sebuah kereta di Malaysia adalah agak tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negara lain. Sebaliknya, untuk perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja, cuba ikhtiarkan 'car-pool' bersama teman serumah atau jiran lain, atau gunalah pengangkutan awam (bukan teksi). Jika rumah lelaki bujang ini terlalu jauh daripada laluan pengangkutan awam atau tempat kerja teman serumah atau jiran berada pada arah bertentangan dengan di mana beliau bekerja, maka terpaksalah beliau berusaha membeli motorsikal.
Bagaimanapun, lelaki ini dinasihatkan kita tidak berbelanja besar untuk memiliki kenderaan persendirian kerana ia akan mengalami kemerosotan nilai hanya selepas beberapa tahun. Sebaliknya, berusahalah menabung ke arah memiliki rumah sendiri kerana secara umumnya, nilai hartanah lambat-laun akan pasti meningkat. Malah, dengan memiliki rumah sendiri, kita tidak perlu lagi membayar sewa setiap bulan.
[ZAIDI ISMAIL] Pertama sekali, menyewa sebuah bilik dengan kadar sewa RM350 sebuah bilik adalah sangat mahal. Sebagai contoh, saya memiliki sebuah rumah sewa di Sunway Petaling Jaya , rumah pangsa 2 bilik dengan kelengkapan yang lengkap disewakan pada kadar RM500 sebuah rumah, kini rumah tersebut didiami dengan selesa oleh 3 orang bujang yang mana setiap seorang cuma perlu membayar RM167 seorang tidak termasuk kos elektrik dan air. Oleh itu RM350 sebuah bilik atau kos sewaan seorang adalah terlalu mahal, kecuali seseorang itu tinggal di apartment mewah. Terdapat banyak rumah yang disewakan pada kadar rendah dan sederhana di kawasan sekitar Kuala Lumput dan Petaling Jaya, misalnya di Keramat yang mana saya juga memiliki sebuah rumah pangsa 2 bilik yang disewakan pada kadar RM400 , jika seorang tinggal sebilik sekalipun masih murah dengan kadar sewaan RM200 sebuah bilik. Oleh itu sewa bilik RM350 adalah terlalu mewah bagi orang bujang.
Kedua, ubah cara berfikir, kenapa perlu tinggal jauh daripada tempat kerja? kenapa tidak cari kediaman yang berhampiran dengan tempat kerja anda? Adakah kerana mengikut saudara-mara , sahabat-handai atau seronok tinggal bersama teman-teman dan kawan-kawan biarpun ianya jauh daripada tempat kerja anda? Kenapa tidak berpindah sahaja ke kawasan dimana anda bekerja? Lagipun perpindahan ini hanya dilakukan sekali semasa anda masih bekerja di tempat tersebut.
Ketiga , seorang bujang yang memiliki pendapatan sebanyak RM2000 sebulan adalah mewah, jika diambil 30% daripada pendapatan tersebut untuk disimpan, jumlah simpanan adalah sebanyak RM600 sebulan, setahun sebanyak RM7,200 setahun tidak termasuk kadar faedah dan dalam masa 10 tahun mampu mempunyai simpanan tunai melebihi RM72,000. Jika ditolak simpanan RM600 sebulan , masih terdapat RM1400 yang boleh digunakan, jika makan-minum diambil kira sebanyak RM20 sehari , kos makan dan minum hanya sekitar RM600 sebulan, masih terdapat baki sebanyak RM800 sebulan, jika sewa sebuah bilik dengan kos elektrik dan air sebanyak RM300 sebulan, masih terdapat RM500 sebulan untuk kos pengangkutan dan pakaian, jika diambil kadar bulanan LRT + bas menggunakan pas bulanan diambil kira, kos pengangkutan baru RM135 sebulan , dan RM65 boleh digunakan sebagai kos pengangkutan kecemasan sebulan (teksi, bas express pulang ke kampung etc) , kos pengangkutan adalah sebanyak RM200 sebulan, ini menjadikan RM300 sebulan sebagai "disposal income" atau pendapatan boleh belanja untuk pakaian, hiburan daln lain-lain. Oleh itu pendapatan sebanyak RM2000 sebulan adalah selebih daripada mencukupi.
XY : Bagaimana pula seorang bapa yang memiliki tiga anak yang masih bersekolah serta isteri yang tidak bekerja? Apakah keutamaan yang perlu diberi jika lelaki ini berpendapatan RM2,500 sebulan serta perlu melangsai pinjaman kereta dan rumah sebanyak RM1,000 setiap bulan?
[AAAT] Andaikan RM2,500 adalah pendapatan bulanan bawa pulang (monthly take-home pay) bagi lelaki yang sudah berkeluarga ini. Selepas ditolak RM1,000 bagi melunaskan hutang untuk memiliki barang keperluan asas seperti rumah dan kenderaan, beliau hanya ada RM1,500 setiap bulan yang diperuntukkan untuk:
Berbekalkan baki hanya RM1,500 ini setiap bulan, saya rasa agak sukar bagi lelaki berkeluarga ini menampung kesemua perbelanjaan yang disenaraikan. Bagi mengatasi kemelut kesempitan wang ini, terpaksalah beliau meminta jasa baik si isteri untuk memberi sumbangan, itupun jika isteri beliau bekerja.
Bagaimanapun, sebagai ketua keluarga, perlu diingatkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab lelaki ini untuk menyediakan nafkah yang secukupnya bagi seisi keluarga. Untuk tidak membebankan si isteri, mungkin bapa ini perlu membuat dua pekerjaan atau mencari pekerjaan lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan.
Bagaimanapun, sebahagian daripada item yang tersenarai di atas tidak perlu dibeli atau dibelanjakan setiap bulan. Peruntukan yang tidak digunakan boleh terus disimpan sebagai persiapan untuk perbelanjaan di waktu perayaan atau ‘special occasions'.
Pada pandangan saya, tiada apa yang lebih penting bagi seorang bapa yang mempunyai tiga anak melainkan memberi keutamaan kepada perbelanjaan membesarkan mereka dan menyediakan pendidikan yang sewajarnya.
Apa yang saya ingin tegaskan adalah mulai hari ini, kita perlu menjadi pengguna yang bijak dengan berjimat-cermat semasa berbelanja dan dalam penggunaan bahan bakar, elektrik, air dan sumber-sumber semulajadi yang lain, mempunyai belanjawan peribadi dan pengurusan kewangan yang tersusun (termasuklah penggunaan kad kredit), memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap jenama generik sebagai alternatif kepada jenama terkenal yang lebih mahal, bercucuk-tanam atau berkebun di rumah (jika keadaan mengizinkan) dan sebagainya.
[ZAIDI ISMAIL] Pendapat saya mudah, jika isteri tidak bekerja, segala perbelanjaan makan dan minum keluarga dapatlah dikurangkan kepada tahap yang paling minimum, ini kerana kos makan dan minum keluarga seperti ini adalah tetap. Ini kerana suami dan anak-anak boleh membawa bekal ke tempat kerja atau kesekolah, mereka tidak memerlukan perbelanjaan makan dan minum tambahan. Apa gunaya isteri yang tidak bekerja jika tidak boleh menyediakan makan dan minum untuk suami dan anak-anak?
Perbelanjaan lain seperti pengangkutan ke sekolah , lampin , susu tambahan dan sebagainya tidak diperlukan, ini kerana isteri tidak bekerja, oleh itu , isteri boleh menghantar anak ke sekolah dan menyediakan segala keperluan lain anak-anak termasuklah mengajar mereka dirumah dan memeriksa kerja-kerja sekolah mereka, terutama jika mereka masih bersekolah rendah. Sudah menjadi tugas isteri sebagai pendidik kepada anak-anaknya.
Akhir sekali, saya ingin memberikan satu contoh dan kisah benar kehidupan yang dijalani oleh abang saya sendiri. Beliau yang berusia pertengahan 40an yang mempunyai gaji bersih sebanyak RM17000 sebulan (take home pay) mampu untuk menyara 6 orang anak termasuk termasuk isteri yang tidak bekerja , memiliki sebuah rumah dan dua buah kereta pada waktu yang sama memiliki simpanan puluhan ribu ringgit. Jika beliau boleh melakukannya, saya kira keluarga yang berpendapatan bersih sebanyak RM2500 sebulan boleh juga melakukannya jika mereka berhenti dari membuat pelbagai alasan.
XY : Wajarkah seorang lelaki yang terdesak mendapatkan pinjaman peribadi ketika ini? Adakah ini dapat membantu meredakan masalah kewangannya? Apa yang perlu dipertimbangkan jika langkah memohon pinjaman peribadi terpaksa dilakukan?
[AAAT] Sebelum mendapatkan pinjaman peribadi, saya menggalakkan beliau menghalusi terlebih dulu niat sama ada ia betul-betul diperlukan dan menilai pro dan kontra dengan lebih mendalam. Jika tanpa pinjaman peribadi itu peluangnya untuk memperbaiki taraf hidup terjejas teruk atau ia menjadi persoalan antara hidup atau mati, maka beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan pinjaman peribadi sebagai jalan terakhir. Seboleh-bolehnya, saya ingin menyarankan agar beliau meneliti dan mengkaji semua langkah-langkah munasabah yang lain.
[ZAIDI ISMAIL] Pada pandangan saya ianya amat mudah, jika seseorang ingin membuat apa juga pinjaman peribadi tidak kira berapa pun jumlah pinjamannya dan berfikir mampu untuk membayar bayaran bulanan tersebut, mengapa tidak menyimpan sahaja jumlah yang sama? sebagai contoh, jika seseorang mahu meminjam RM10K dengan bayaran bulanan sebanyak RM200 sebulan selama 5 tahun misalnya, mengapa tidak simpan sahaja RM200 secara bulanan di tempat yang memberikan pulangan yang menarik, misalnya ASB dan pada akhir 5 tahun tersebut anda akan mendapat pulangan melebihi RM10K yang dipinjam. Jika pinjaman tersebut mahu digunakan untuk membayar hutang, mengapa tidak membayar terus hutang lama ? mengapa perlu membuata hutang baru ? Itu seperti pepatah melayu "Gali Lubang Tutup Lubang" dan akhirnya masalah tidak juga selesai. Wang atau tidak kecukupan wang tidak akan membunuh hidup anda, yang membunuh anda adalah sikap anda sendiri dan bukannya wang.
XY : Bagaimana jika meminjam dari along atau ceti?
[AAAT] Pada pandangan saya, meminjam daripada along atau ceti adalah sesuatu yang wajib dielak dalam apa jua keadaan sekalipun memandangkan risikonya adalah terlalu tinggi.
[ZAIDI ISMAIL] 100% bersetuju dengan pandangan AAAT
XY : Apakah amalan atau hobi yang perlu dikorbankan dalam menyusun semula kewangan? Apakah amalan berkunjung ke cafe berjenama untuk mendapatkan secawan latte berharga lebih RM10 dianggap suatu pembaziran ketika ini?
[AAAT] Dalam situasi mencabar sebegini, adalah wajar kita mengubah gaya hidup dan minda ke arah perbelanjaan yang lebih sihat dan mapan. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa zaman harga bahan makanan dan petrol yang murah sudah berlalu. Sementara menunggu apakah langkah-langkah kerajaan selanjutnya untuk meringankan beban rakyat, kita sendiri perlu bertindak segera dengan mengambil langkah berjimat-cermat dan mengekang nafsu agar tidak terpengaruh untuk berbelanja untuk sesuatu yang tidak mustahak dan mempunyai unsur pembaziran seperti makan-minum di restoran mahal, membeli barang kemas dan barangan berjenama, melancong ke luar negara dan sebagainya.
[ZAIDI ISMAIL] Pada ketika ini adalah saat yang paling sesuai untuk berbelanja yang paling penting ialah apa yang kita belanjakan. Sebagai contoh, pembelian harta pada ketika ini adalah murah, dengan kadar inflasi yang tinggi, wang jika disimpan di bank tidak memberikan nilai yang tinggi. Pembelian harta seperti ASB , hartanah dan apa juga pembelian harta yang dijual murah ketika ini adalah amat menguntungkan.
Akan tetapi jika perbelanjaan adalah lebih kearah beban seperti kereta / motosikal kecuali untuk perniagaan teksi dan kereta sewa, pakaian , makanan dan apa juga yang pembelian yang menjadi beban pada masa akan datang haruslah di elakkan. Jika anda keliru antara HARTA dan BEBAN. Sila rujuk nota dibawah antara perbezaan HARTA dan BEBAN supaya anda membuat keputusan yang bijak.
HARTA = Sesuatu yang memberikan pendapatan (Wang Masuk)
BEBAN = Sesuatu yang memerlukan anda mengeluarkan perbelanjaan bulanan (Wang Keluar)
XY : Mana lebih penting, mengisi petrol RM80 atau membeli sepasang kemeja-T berjenama yang diberi potongan diskaun 70 peratus?
[AAAT] Sudah tentu mengisi tangki minyak kereta adalah lebih penting dan lebih berfaedah terutamanya jika satu-satunya kaedah pengangkutan yang munasabah untuk kita bergerak. Meskipun dengan diskaun sebanyak 70%, ada kemungkinan kemeja T berjenama itu masih mahal. Cuba elakkan pembaziran dengan membeli alternatif yang lebih murah tetapi tidak kurang keselesaannya.
[ZAIDI ISMAIL] Bagi saya kedua-duanya merupakan satu pilihan. Kita boleh memilih untuk tidak mengisi minyak dan menggunakan kemudahan awam atau berjalan kaki sahaja dan kita juga boleh memilih untuk tidak membeli baju baru jika baju yang sedia ada masih boleh dan elok untuk digunakan.
XY : Mana lebih jimat, pandu kereta ke pejabat atau menaiki pengangkutan awam?
[AAAT] Secara umumnya, pengangkutan awam adalah lebih menjimatkan dan lebih mesra alam sekitar daripada menggunakan kenderaan persendirian. Namun, selain daripada faktor harga, ia banyak bergantung kepada tahap aksesibiliti, mutu perkhidmatan dan keselesaan sistem pengangkutan awam yang disediakan.
[ZAIDI ISMAIL] Saya sangat bersetuju jika pennguna menggunakan pengangkutan awam atau langsung tidak menggunakan kenderaan. Terdapat pilihan untuk tinggal berhampiran dengan pejabat anda.
XY : Apa petua pengurusan kewangan yang bijak? Wajarkah pengguna lelaki terus berbelanja bagi membolehkan ekonomi negara terus berkembang? Atau apakah rakyat kini panik hingga takut berbelanja?
[AAAT] Pendapat saya, mengawal perbelanjaan ketika kos sara hidup naik secara mendadak adalah suatu tindak balas bijak, rasional dan bukannya disebabkan oleh panik. Ini adalah kerana pendapatan dijangka akan kekal di takuk lama atau hanya naik sedikit dan tidak selari dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Jika kita sendiri tidak mengambil tindakan untuk memastikan kelangsungan hidup, siapa lagi yang lebih arif tentang apa yang kita perlukan dan siapa pula yang boleh diharap untuk menjamin kesenangan hidup kita.
[ZAIDI ISMAIL] Pengguna harus terus berbelanja tapi seperti contoh yang telah saya berikan diatas, berbelanjalah untuk menambah harta dan bukannya untuk menambah beban. Ini kerana berbelanja terhadap harta akan memberikan pulangan pendapatan dan pendapatan ini boleh terus digunakan untuk menambah harta dan begitulah seterusnya. Tiada larangan untuk memiliki harta sebanyak yang boleh, malah digalakkan. Apa yang penting ialah tujuan harta itu dibelanjakan kelak. Harta boleh menambah bilangan perkerjaan dan pekerjaan diperlukan oleh semua orang. Orang kaya boleh menyediakan pekerjaan dan orang miskin pula memerlukan pekerjaan. Fikir-fikirkanlah.
Adakah membayar bayaran ansuran rumah anda kini merupakan satu beban ? Adakah anda rasakan bahawa kerajaan telah melakukan sesuatu yang baik dan membantu anda apabila Kementerian Kewangan mencadangkan agar pihak bank menstrukturkan semula bayaran bulanan rumah anda dengan memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman rumah ? Siapa yang lebih untung apabila cadangan tersebut dilaksanakan kelak? Sila baca petikan dari Busines Times dibawah:-
By Roziana Hamsawi Published: 2008/07/11
Extending the home loan tenure by even a minimum of one year could bring more income for the banks, analysts say
BANKS will emerge the biggest winners from a proposed move to ease customers' housing loan payments.
Banking analysts contacted yesterday said home financing is a major business for most major banks and extending the loan tenure by even a minimum of one year could bring more income for the banks.
However, not many customers will opt for this "aid" as a longer loan tenure means extra burden.
"As it is, the duration of mortgage loans is usually up until the borrowers are 60 to 65 years old, and by adding an extra five to 10 years to that is undesirable," one analyst said.
He added that most banks have already put in place a mechanism to help their customers restructure their loans on a case-by-case basis.
One such bank is Malayan Banking Bhd (Maybank), which has welcomed the call by the government for banks to assist borrowers with payment plans.
"Although we have not advertised the additional financial assistance, we have been offering our customers the flexibility to restructure or reschedule their financing on a case-by-case basis to ensure they are able to continue to meet their financial obligations," said Maybank chief executive officer Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
He said the bank will continue to engage with its customers and monitor the current position with a view to providing additional financial advisory services to customers in need of such assistance.
Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop told the Dewan Rakyat on Wednesday that the Finance Ministry is in discussions with banks to reduce the monthly repayments for housing loans to lessen the financial burden of the lower-income group.
Another analyst admitted that such a scheme would most likely attract low-income earners with housing loans of RM100,000 and below.
"This new arrangement can help banks reduce their cost in managing possible non-performing loans by this group of income bracket," he said.
Apa pendapat anda tentang laporang diatas ? adakah anda rasakan ini merupakan satu langkah bijak kerajaan? Jika diberi pilihan , yang mana satu anda akan pilih :-
Sila kemukakan pendapat anda dibawah.