Portal ini masih didalam pembinaan, sebarang kesulitan amatlah dikesali

Public Blog

ADAKAH ANDA SEDANG MEMBINA HARTA ATAU BEBAN ?

Setiap daripada kita mempunyai keupayaan yang sama, ada diantara kita mempunyai peluang yang sama manakala sesetengah daripada kita mempunyai kebolehan yang sama. Akan tetapi ramai daripada kita tidak menggunakan keupayaan , peluang dan kebolehan tersebut untuk membuat perkara yang sama.

Saya menghabiskan masa, tenaga dan apa sahaja peluang yang ada untuk membina harta dan kekayaan , ini bukan bermakna saya tidak buat benda lain selain daripada kumpul duit, tetapi agak membazir jika peluang , masa , tenaga, ilmu dan pelbagai pemberian Allah tidak digunakan dengan sebaiknya. Ianya adalah satu pembaziran.

Saya mempunyai kad kredit , begitu juga dengan lebih 8 juta pemegang kad kredit dimalaysia. lebih 5000 pemegang kad kredit diistiharkan MUFLIS pada waktu yang sama terdapat lebih 5000 pemegang kad kredit yang mempunyai nilai harta (networth) melebihi RM 1 juta . Bagaimana pula ada golongan yang mempunyai dan menggunakan alat yang sama (kad kredit) boleh MUFLIS manakala yang lain boleh membina kekayaan biarpun mereka menggunakan alat yang sama? Adakah ianya disebabkan oleh alat tersebut atau individu yang menggunakan alat tersebut? Adakah kad kredit harta atau beban?

Begitu juga dengan hartanah atau yang memiliki rumah, ada pemilik rumah yang di senarai hitamkan kerana tidak dapat membayar bayaran bulanan dan rumah mereka terpaksa dilelong, manakala ada pemilik hartanah atau rumah yang lain bukan sahaja memiliki satu atau dua rumah malah ada yang memiliki lebih daripada 10 buah hartanah. Dengan kata lain, ada yang menjadi miskin kerana rumah yang mereka miliki manakala ada yang menjadi kaya kerana hartanah yang mereka miliki. Adakah rumah atau hartanah itu harta atau beban? Sekali lagi adakah kerana alat atau benda yang mereka miliki (kad kredit , rumah dll) yang menjadikan mereka miskin atau kaya? atau kerana individu yang memiliki kad kredit dan rumah tersebut yang tidak tahu menggunakan alat yang ada didalam tangan mereka?.

Ramai pemilik kad kredit menggunakan kad kredit dan akhirnya perlu membayar bayaran kad kredit yang tertunggak menggunakan wang mereka sendiri, manakala orang seperti saya menggunakan kad kredit tetapi tidak perlu membayar kad kredit tersebut menggunakan wang saya sendiri. Saya memiliki harta yang membayarkan beban saya. Ramai pemilik kad kredit menggunakan kad kredit untuk membeli beban (mereka perlu bayar guna wang sendiri) manakala saya dan ramai teman-teman saya yang lain menggunakan kad kredit bukan sahaja sebagai satu kemudahan malah kami membeli dan mengumpul harta melalui kad kredit (memberikan pendapatan untuk membayar kad kredit tersebut).

Ramai pemilik rumah atau hartanah perlu membayar bayaran bulanan dengan wang daripada pendapatan pekerjaan mereka (keluar wang sendiri) , manakala saya dan ramai hartawan yang lain bukan sahaja memiliki rumah atau hartanah yang tidak perlu dibayar menggunakan wang sendiri malah rumah dan hartanah yang sama memberikan kami pendapatan. Maka tanya semula diri anda , adakah aku membina harta atau beban? walhal aku juga memiliki alat seperti kad kredit dan rumah @ hartanah seperti juga orang lain tapi kenapa mereka menjadi bertambah kaya dengan menggunakan alat yang sama manakala aku menjadi bertambah miskin , terutama apabila wang kini dihakis oleh inflasi?

Contoh yang diberikan diatas hanyalah sebahagian kecil daripada alat atau tools kewangan yang terdapat dipasaran dan boleh dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana alat kewangan ini digunakan untuk membina harta dan kekayaan, anda boleh mengikuti forum atau kelas yang disediakan di portal ini. Sila hubungi urusinsan@gmail.com jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskilan mengenai portal khasnya ini dan urusinsan umumnya. 

TIADA LAGI 20 HARI TANPA FAEDAH UNTUK PEMEGANG KAD KREDIT

Daripada smartconsumerbanking.com

RM2.70 is already a reality, like it or not! But luckily, like a small consolation, you have one of those petrol rebate credit cards. But with the domino effects, very soon, cost of living will increase. If you live in a city, the inflation will be more than the 5% government projected.

And if you think you can count on the credit cards to ‘roll-over' the short-falls, but before you do so, take a look at the following new changes on credit card:

Interest-Free Period
Effective this July, the good old 20 days interest-free period provides by credit cards will only applicable to those who make full payment before the due date. Those with carry forward balance and not paying on-time will be charged with the interest the day the new purchase is made. In short, the interest-free period is provided only to those paid in full and on-time.

Late Payment Charges
But there is more! The new late payment charge is now based on total outstanding amount, not minimum monthly payment anymore. The new late payment charge increases to RM10.00 or 1% on total outstanding balance, from 1% or RM5.00 of the minimum payment amount. That means if you have an outstanding balance of more than RM1,001, you would starting to pay more than the minimum RM10.00.

Annual Interest rate
First announced 12 months ago by Bank Negara Malaysia (BNM), comes this July, the tiered pricing structure (TPS) will be implemented where the annual interest rate reduced - for those good and prompt payment cardholders, 15% to 17% per annum (pending their payment history over a 12 month period), instead of the 18% previously.

Conclusion

So what do all these means? Let's look at the following scenarios:

Those with monthly outstanding balance who made prompt minimum payment

No 20 days interest-free period but enjoys a lower annual interest rate of 14% - 17% of the outstanding balance. No late payment charge.

Those with monthly outstanding balance and failed to pay the minimum payment on-time

Late payment fee of RM10.00 or 1% charge on the total outstanding balance; 18% interest rate on total outstanding balance; no 20 days interest-free honey moon.

Those that made full payment on time every time

Enjoy a lower TPS asl low as 14% per annum

You see, banks won't just give-up easily; they give you a lower annual interest rate (TPS) but at the same time, they cancel the interest-free period and increase the late payment charge.

Bottom line, don't use your credit card simply because you can afford the minimum payment. Better still, don't use the card if you do not have the money. Cardholders who cannot be prompt in paying the minimum payment will be paying more than before.

Finally, If you are the reward points/rebate chaser, pay close attention to the outstanding amount. 

Bermasalah bukan, bagaimana jika anda mempunyai baki hutang kad kredit sebanyak RM2000? RM3000? RM5000? RM10,000? atau lebih ? bagaimana untuk mengatasinya? Sungguh mudah .... Hadiri Kelas Penggunaan Kad Kredit yang yang dianjurkan oleh urusinsan. Anda pasti mendapat penyelesaiannya. Untuk Maklumat lanjut sila CLICK DISINI. 

PERKEMBANGAN TERBARU PORTAL URUSINSAN - 29 JUNE 2008

Setakat ini 50% bahan dan maklumat daripada forum lama urusinsan telah berjaya dipindahkan ke Portal Baru Urusinsan. Yang masih banyak bahan-bahan yang masih belum dipindahkan dan memerlukan penapisan adalah daripada Forum Urusinsan. Selebihnya telah selesai dan berjaya di pindahkan. Ini termasuklah forum-forum berikut :-

Forum Millionaire Inside (Forum Tertutup) - 100% bahan telah dipindahkan termasuklah bahan-bahan serta maklumnat terkini. Mulai 1 july forum ini boleh menerima "POSTING" terbaru ahli. Sila hubungi kami di urusinsan@gmail.com jika terdapat sebarang kemusykilan atau kesulitan untuk "POST" ke dalam forum Millionaire Inside ini.

Forum Overdraft (Forum Tertutup) - 100% daripada bahan-bahan serta maklumat asal forum terdahulu telah berjaya dipindahkan ke dalam forum baru. Ketika ini hanya kerja-kerja pemilihan bahan-bahan lama daripada forum-forum lain yang berkaitan dengan Overdfaft sahaja yang sedang dilakukan. Ini kerana pemisahan maklumat yang berkaitan dari forum lain ke forum Overdraft untuk  memberikan fokus pada alat kewangan ini supaya tidak dibincangkan secara caca-merba di forum lain. Forum khas ini diujudkan untuk mereka yang benar-benar serius sahaja. Mulai 1 July 2008 , peserta kelas dan ahli forum Overdraf kini boleh mula "POST" sebarang "POSTING" yang berkaitan disini. Bayaran RM200 seumur hidup dikenakan untuk mengakses forum ini (Peserta Kelas Boleh Mengakses Forum Secara Percuma).

Forum Kad Kredit (Forum Tertutup) - 100% daripada bahan-bahan serta maklumat asal forum terdahulu telah berjaya dipindahkan ke dalam forum baru. Ketika ini hanya kerja-kerja pemilhan bahan-bahan lama daripada forum-forum lain yang berkaitan dengan Kad Kredit sahaja yang sedang dilakukan. Ini kerana pemisahan maklumat yang berkaitan dari forum lain ke forum Kad Kredit untuk  memberikan fokus pada alat kewangan ini supaya tidak dibincangkan secara caca-merba di forum lain. Forum khas ini diujudkan untuk mereka yang benar-benar serius sahaja. Mulai 1 July 2008 , peserta kelas dan ahli forum Kad Kredit kini boleh mula "POST" sebarang "POSTING" yang berkaitan disini. Bayaran RM200 seumur hidup dikenakan untuk mengakses forum ini (Peserta Kelas Boleh Mengakses Forum Secara Percuma).

Forum Undang-undang bersama Intan Sufara (Forum Terbuka) - 100% daripada bahan-bahan serta maklumat asal forum telah berjaya dipindahkan ke dalam forum baru. Forum ini telah di tukar status kepada Forum terbuka, ahli urusinsan yang berdaftar di Portal Urusinsan boleh mengakses dan menggunakan kemudahan forum ini. 1 July 2008 , Pengguna Portal Urusinsan kini boleh mula "POST" sebarang "POSTING" yang berkaitan disini. Forum ini dikendalikan sendiri oleh Saudari Intan Sufara.

Forum Akauntan bersama WNH (Forum Terbuka) - 100% daripada bahan-bahan serta maklumat asal forum telah berjaya dipindahkan ke dalam forum baru. Forum ini telah di tukar status kepada Forum terbuka, ahli urusinsan yang berdaftar di Portal Urusinsan boleh mengakses dan menggunakan kemudahan forum ini. 1 July 2008 , Pengguna Portal Urusinsan kini boleh mula "POST" sebarang "POSTING" yang berkaitan disini. Forum ini dikendalikan sendiri oleh Saudara Wan Nazarul Hisyam (WNH).

Forum  Urusinsan Di Luar Lembah Kelang (Forum Terbuka)  - 100% daripada Tajuk topik asal forum telah berjaya dipindahkan ke dalam forum baru. Isi kandungan forum tidak akan dipindahkan kerana ianya berkisar tentang perkara yang telah lepas, ahli forum boleh mengisi kandungan baru didalam forum ini. Forum ini telah di tukar status kepada Forum terbuka, ahli urusinsan yang berdaftar di Portal Urusinsan boleh mengakses dan menggunakan kemudahan forum ini. 1 June 2008 , Pengguna Portal Urusinsan kini boleh mula "POST" sebarang "POSTING" yang berkaitan disini.

Forum Umum (Forum Terbuka) - Forum ini adalah forum terbuka, para ahli bebas berbincang tentang apa juga topik kecuali topik-topik kontroversi seperti seks , keganasan dan politik. Bagaimanapun para pengguna forum boleh berbincang mengenai isu semasa secara terbuka.

Forum Urusinsan (Forum Tertutup) - Hanya lebih kurang 25% daripada maklumat asal dari forum yang lama telah dipindahkan, selebihnya sedang melalui proses saringan. Dianggarkan keseluruhan maklumat dapat dipindahkan secepat mungkin.  Ahli forum ini dikenakan bayaran RM12 setahun (atau RM 1 sebulan)  untuk mengakses forum ini. Ini adalah untuk menangung sebahagian daripada kos penyelengaraan Portal , Server (Pelayan) dan juga kemudahan atau "Features" yang disediakan di Portal ini.

Sila hubungi kami di urusinsan@gmail.com jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai Portal ini , sebarang permasalahan untuk "POST, sebarang aktiviti, kelas dan sebagainya. Kami sedia membantu anda. 

AKTIVITI TERBARU 12 JULY 2008 !!!!!!

Terdapat dua aktiviti akan dilaksanakan pada 12 July 2008 iaitu Kelas Penggunaan Perisian Kad Kredit dan Preview Perniagaan untuk peserta Millionaire Inside. Maklumat lengkap seperti dibawah:-

KELAS PENGGUNAAN PERISIAN KAD KREDIT

Tarikh : 12 July 2008
Hari : Sabtu
Masa : 2 Ptg hingga 6 Ptg
Lokasi : Pusat Tuisyen Harmoni (Ulu Kelang)
Bayaran : RM200 (Termasuk Perisian)
*Makan dan minum disediakan

Tempat Terhad , Hanya 20 Orang Sahaja , Sila Daftar Segera !!!

TEKNIK TAMBAHAN

* Kaedah menggunakan kad kredit untuk mengatasai kenaikan harga minyak, jimat sehingga RM1K dari bil minyak anda dan dapat tambah keuntungan sehingga 8% setahun.

* Cara menambah PENDAPATAN melalui Kad Kredit

* Majalah Personal Money bulan July 2008 diberikan secara percuma

Sila nyatakan Nama , No.Telefon Bimbit dan E-mail anda, sila hantar pendaftaran anda ke hanafi2k@gmail.com , untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Hanafi di talian 012-6568810

PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN - PESERTA MI SAHAJA

Tarikh : 12 July 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8 mlm hingga 10 mlm
Lokasi : Pusat Tuisyen Harmoni - Ulu Kelang
Bayaran : RM10 (Termasuk DVD Kewangan Percuma)

*Minum ringan disediakan.
Tempat terhad, hanya 20 orang sahaja , Sila daftar segera!!!

Perjumpaan untuk memperkenalkan peluang menambah pendapatan bagi peserta Millionaire Inside. Ini bukan direct selling , MLM atau Network Marketing. Perniagaan tanpa modal yang telus dan menguntungkan!

Sila nyatakan Nama , No.Telefon Bimbit dan E-mail anda, sila hantar pendaftaran anda ke hanafi2k@gmail.com , untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Hanafi di talian 012-6568810

NOTA : PARA PESERTA JUGA BOLEH MENDAFTAR DI HALAMAN AKTIVITI URUSINSAN

Menghadapi Kenaikan Harga Minyak dan Barangan

Oleh : Zaidi Ismail

Ramai yang bertanya kepada saya apa yang boleh dilakukan untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan kelangsungan kenaikan harga barang. Disini letaknya daya kreativiti dan imaginasi serta perubahan minda yang telah di asuh sekian lama.

Sebagai contoh, dikala orang ramai membeli 10kg sekampit beras  dengan harga RM28 hingga RM30 sekampit, saya membelinya dengan harga RM25 sekampit dengan pembelian secara pukal. Dikala orang ramai terpaksa membeli minyak dengan harga RM2.70 seliter, ramai kenalan saya menggunakan NGV dengan harga RM8 untuk 200Km. Begitu juga dengan pelbagai barangan dan keadaan lain.

Antaranya ialah :-

  • Menukar "mindset" pejabat yang berhampiran dengan tempat tinggal kepada tempat tinggal yang berhampiran dengan pejabat dengan melakukan penghijrahan tempat tinggal. Ini lebih mudah dilakukan berbanding cuba untuk berhijrah pekerjaan.
  • Menukar kenderaan sedia ada dari kenderaan peribadi kepada kenderaan awam dengan melakukan "penyewaan" setempat atau lebih dikenali sebagai carpool dari tempat kerja anda ke kawasan sekitar tempat tinggal anda.
  • Pembelian barang keperluan secara pukal. Ahli urusinsan boleh berhubung sesama ahli misalnya untuk berkumpul membeli barangan secara pukal. Misalnya beras yang boleh dibeli dengan harga RM25 secara pukal atau barangan lain. Apa yang diperlukan hanyalah koordinasi sesama ahli yang boleh dilakukan di portal urusinsan yang telah disediakan kemudahan untuk para ahlinya.
  • Mengunakan teknik BT untuk melambatkan kesan pembiayaan barang keperluan dengan pembayaran 10% hingga 30% kadar sebenar pembelian dan selebihnya boleh disimpan di ASB dan Dividen ASB boleh digunakan sebagai subsidi mengekang harga barangan keperluan yang tinggi.
  • Memberhentikan terus perkhidmatan atau kemudahan bukan keperluan dan mengantikannya dengan alternatif yang lebih murah. Sebagai contoh memberhentikan perkhidmatan ASTRO dan Talifon bimbit dan beralih kepada jalur lebar atau broadband , ASTRO = RM50 sebulan (minima) dan Telefon Bimbit = RM50 sebulan (minima) kepada jalur lebar (broadband) mudah alih = RM66 sebulan. Penjimatan sebanyak RM34 sebulan yang boleh digunakan untuk membeli beras beserta barangan keperluan yang lain.
  • Bagi yang memerlukan kenderaan bermotor seperti kereta untuk bergerak, menukar dari Petrol kepada NGV adalah langkah yang lebih menjimatkan. Sebagai contoh, RM8 untuk 200Km dan jika anda bergerak sejauh 50Km sehari, maka kos NGV adalah sebanyak RM2 sehari atau RM60 sebulan. Ianya jauh lebih murah dari petrol dan pada waktu yang sama anda mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan inflasi selain daripada contoh yang disebutkan diatas, sebagai ahli urusinsan umumnya dan peserta MI khasnya, kenaikan harga minyak tidak begitu memberi kesan kepada anda, ini kerana anda telah sepatutnya lebih mahir mengurus keperluan kewangan anda melalui pelbagai teknik dan kaedah yang telah di kongsi bersama serta melalui peningkatan harta dan pendapatan anda. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti anda sepenuhnya untuk menghadapi kenaikan inflasi yang sedang berlaku, sila berkongsi pengalaman serta kaedah yang anda gunakan untuk menghadapi inflasi yang semakin meningkat hari ini didalam forum yang disediakan.

Portal Urusinsan Didalam Proses Integrasi

Kepada semua ahli urusinsan.

Portal ini sedang didalam proses integrasi dan penambahbaikan (upgrade), sebarang kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Sila guna kemudahan portal ini seperti biasa dan sila email ke urusinsan@gmail.com jika terdapat sebarang kemuskilan. Kami mungkin terlepas pandang beberapa perkara semasa proses penambahbaikan dijalankan. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang kemuskilan.

Beban Kad Kredit Jejas Kesejahteraan

Beban Kad Kredit Jejas Kesejahteraan
Oleh Lokman Ismail

Hutang dorong manusia melakukan rasuah, jenayah, salah guna kuasa

KERAJAAN mahu institusi kewangan menghentikan tindakan mempromosi kad kredit secara agresif memandangkan pengeluarannya secara melampau tanpa kawalan boleh ‘menjahanamkan satu generasi.’ Institusi kewangan berlumba-lumba menawarkan kad kredit kepada orang ramai kerana memberi pulangan baik kepada syarikat.

PERKEMBANGAN TERBARU URUSINSAN

Perkembangan Terbaru Urusinsan.
oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my
 
Forum Urusinsan DOWN!!!! sejak 13 April 2008

 
Pertama saya ingin memohon maaf biarpun perkara ini bukan kesalahan Urusinsan ataupun kesalahan saya. Kebelakangan ini urusinsan agak kecoh sedikit, pertama kerana FORUM URUSINSAN DOWN secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya sejak 13 April yang lalu. Saya sendiri tidak dapat masuk ke laman web utama dan pihak pengurusan yang menyediakan kemudahan FORUM ini juga tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi berkenaan insiden ini. Saya terpanggil untuk memberitahu kepada semua ahli urusinsan yang menggunakan kemudahan FORUM URUSINSAN supaya bersabar. Pada ketika ini kami sedang berusaha untuk menyujudkan PORTAL URUSINSAN yang baru untuk pengguna urusinsan.
 
Hampir sebulan yang lalu, saya beserta pihak pengurusan urusinsan merancang untuk mengujudkan laman PORTAL URUSINSAN yang menggabungkan laman web, blog, forum dan juga e-commerce bagi penggunanya. Belum pun sempat kami memindahkan semua data pengguna FORUM URUSINSAN , laman forum tersebut DOWN secara tiba-tiba tanpa di ketahui puncanya. Kami masih menunggu pengumuman rasmi daripada pihak yang memberikan perkhidmatan forum tersebut.
 
Pengajaran Yang Boleh Di Pelajari
 
Sesuatu yang PERCUMA belum tentu memberikan perkhidmatan terbaik. Kenyataan Ini mungkin bercanggah dengan kepercayaan saya sendiri yang mana, kenapa perlu membayar jika ianya boleh di dapati secara percuma. Pengendalian sesuatu perkhidmatan memerlukan modal dan ini adalah sebahagian daripada kos perkhidmatan. Ada kos yang boleh di serap dan ada kos yang terpaksa di kembalikan kepada pengguna. sebagai contoh daripada apa yang berlaku di kepada FORUM URUSINSAN misalnya, kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna ialah ketidakcekapan. Pengguna pula tidak boleh merungut mengadu ketidakcekapan kerana perkhidmatan yang diberikan adalah percuma. Itulah bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna kerana menggunakan perkhidmatan percuma.
 

PERKAHWINAN PERCUMA

Melangsungkan Perkahwinan Secara Percuma

oleh : Zaidi Ismail

www.urusinsan.net.my

Sebulan yang lalu saya telah berpeluang bertemu dengan salah seorang daripda peserta Bengkel Bebas Hutang yang pernah saya anjurkan satu ketika dulu, setelah setahun berlalu, beliau kini semakin sukses dengan kewangan beliau dan juga telah menjadi seorang usahawan yang menjalankan perniagaan membantu pasangan untuk mendirikan rumahtanga melalui Kursus Perkahwinan anjuran syarikat beliau yang di iktiraf oleh JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), pada pertemuan tersebut terdetik pertanyaan samaaada saya berminat untuk mengendalikan Bengkel Pengurusan Kewangan untuk bakal pengantin, memandang jauh kehadapan saya mencadangkan kepada beliau satu bengkel unik untuk membantu pasangan pengantin dengan kaedah dan teknik yang membolehkan mereka melangsungkan perkahwinan dengan percuma. Bertitik tolak daripada perjumpaan tersebut, Mahligai Firdaus Enterprise menganjurkan Bengkel Pengurusan Kewangan Perkahwinan dengan kerjasama Urus Insan Sdn Bhd.

Satu ketika dahulu heboh diperkatakan bahawa ramai pasangan yang ingin berkahwin pada hari ni tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan dan ini adalah salah satu daripada punca yang dikatakan meningkatnya kadar maksiat dinegara kita kini apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk bersekedudukan. Ketika ini dengan munculnya pelbagai kemudahan kewangan samaada daripada institusi kewangan ataupun peminjam wang tanpa lesen memungkinkan pasangan-pasangan ini meminjam hanya semata-mata untuk berkahwin dan perkara ini bakal mengundang pelbagai musibah termasuk jenayah Along serta peningkatan kadar penceraian kerana tekanan kewangan.

Dengan kadar inflasi semakin meningkat, harga barangan semakin melonjak naik, pasangan muda ini dengan berfikir singkat tanpa menghiraukan kesan jangka panjang terus menerus berhutang untuk melansungkan perkahwinan mereka. Maka tidak hairanlah hari ini macam-macam musibah melanda pasangan muda ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membantu pasangan muda ini dengan pelbagai program dan antara lainnya ialah pinjaman tanpa faedah yang diperkenalkan oleh Baitulmal sedikit masa dahulu. Walaupun begitu, dengan tekanan ekonomi, bantuan ini tidak mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan seperti yang dinyatakan didalam keratan akhbar dibawah :-

Isu Filem Fitna dan Pemboikotan Produk Belanda

 Isu Filem Fitna Dan Pemboikotan Produk Belanda.
Oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my
 
 
Ketika ini umat Islam seluruh dunia sibuk dengan pelbagai saranan untuk memboikot produk daripada negara Belanda. Barangan berjenama seperti Dutch Lady , Rexona dan banyak lagi buatan syarikat-syarikat daripda Belanja di sarankan di boikot. Bagi saya memboikot barangan tersebut tidak memberi kesan keatas syarikat-syarikat tersebut, ini kerana beberapa faktor dan antranya ialah pasaran produk luas diserata dunia disamping nilai jenama yang tinggi, Ini dapat dibuktikan daripada harga saham syarikat-syarikat terbabit yang tidak memberikan gambaran kurangnya keyakinan pelabur membeli saham mereka. lagipun proses memboikot tidak akan kekal dan bakal dilupakan apabila sesuatu itu itu menjadi reda. Jangan pula menganggap saya penyokong syarikat-syarikat daripada Belanda ini. Akan tetapi langkah lebih bijak perlu diambil selain daripada memboikot barangan dan produk daripda Belanda.

Kesan impak daripada aktiviti boikot ini amatlah sedikit dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat terbabit. Tidak dinafikan jualan produk mereka dinegara-negara Islam akan terjelas, tetapi ianya tidak akan sampai memufliskan syarikat mereka. Kesan utama daripada boikot ini akan lebih dirasainya oleh pekerja syarikat terbabit, terutama pekerja di negara Islam yang memboikot produk keluaran syarikat Belanda. Pengalaman saya mengendalikan sebuah jabatan dalam sebuah syarikat conglomorat mengajar saya satu pengalaman yang amat berharga yakni, jika perolehan syarikat merosot, syarikat akan ambil tindakan mengurangkan pekerja, bagi syarikat, pekerja boleh diganti bila-bila masa. Apabila keadaan syarikat stabil semula, mereka akan ambil pekerja barui dan kitaran ini berterusan.

Oleh itu apabila penjualan produk berkurangan di negara-negara yang memboikot produk mereka, apa yang bakal di lakukan oleh syarikat-syarikat ini boleh dijangkakan oleh pelabur seperti saya, mereka akan mengurangkan pengeluaran dan pada waktu yang sama akan mengurangkan pekerja, yang menerima kesan atas pengurangan pekerja ini adalah pekerja tempat dinegara yang memboikot produk mereka. Pekerja-pekerja ini akan mula hilang pekerjaan dan ini akan menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Jika dilihat kesannya pada negara-negara yang membokot produk-produk ini seperti di Malaysia misalnya akan memberikan tekanan kepada pengguna itu sendiri apabila kadar pengangguran meningkat. Di Malaysia sahaja terdapat berpuluh produk dari Belanda yang dikilang dan dibungkus di negara ini. Syarikat-syarikat pengilangan dan pembungkusan termasuklah pemborong dan peruncit beserta peker-pekerja mereka akan menerima tekanan ini sebagai satu rantaian ekonomi yang saling berpaut antara satu sama lain dalam era globalisasi ini. Ini berlaku kerana beberapa sebab dan antaranya ialah:-

1. Tiada dan kurangnya produk tempatan gantian

KETIKA AKU BERADA DI STARBUCK

Ketika Aku Berada di Starbuck
 
Oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my

Saya agak sibuk sejak dua tiga menjak ini, lama pula tak update blog ini, ditambah pula keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan sejak kebelakangan ini, saya juga agak sibuk untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan pelaburan hartanah yang telah saya laburkan pada tahun lepas, suku pertama tahun 2008 sahaja saya telah melabur pada hartanah bernilai lebih RM300K dan ianya akan di selesaikan pada suku ketiga tahun 2008 pula. Dari Malaysia ke Amerika , musim pilihanraya datang lagi dan kita baru sahaja selesai mengalami tsunami politik pada Pilohanraya Umum Ke 12 ini. Saya sebenarnya bukan nak ulas atau nak komen parti yang bertanding atau apa yang berlaku pada suasana politik Negara ketiga ini. Semestinya ianya lebih menarik dibanding dahulu, namun :-

Mereka dah tentu ada objektif sendiri samaada untuk rakyat ataupun peribadi
Mereka dah tentu “buat duit” kalau tak kenapa nak susahkan diri jadi calon
Apapun yang berlaku , kita sebagai pengguna dan rakyat akan menanggung bahananya.

Apa yang ingin saya ketengahkan kali ini adalah kesan pilihanraya pada kita sebagai rakyat biasa. Seperti biasa pandangan saya menjerumus kepada persoalan kewangan. Persoalan utama bagi rakyat biasa seperti saya ialah, tidak kira siapa pun yang menang, adakah kehidupan kita akan berubah selepas pilihanraya?

Bagi saya , kehidupan saya sebelum dan selepas pilihanraya tetap sama, ini kerana saya telah bersedia selama 10 tahun untuk menghadapi apa juga perubahannya. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda telah bersedia? Adakah anda sudah bersedia apabila kadar faedah naik kelak apabila ekonomi kita menghadapi tekanan inflasi misalnya? Harga barangan yang naik disekeliling kita adalah indikator terbaik untuk memberikan kita secebis ingatan bahawa kita sedang ,menghadapi tekanan inflasi.

Agak tidak masuk akal bukan, ketika kerajaan melaungkan bahawa ekonomi kita semakin kukuh dan nilai ringgit semakin kuat, pada waktu yang sama harga barangan meningkat naik? Adakah benar Ringgit semakin kuat atau US dollar yang semakin lemah?. Sebagai contoh , Harga minyak di Malaysia sekitar RM1.92 sen kini seliter manakala di Singapura harga minyak adalah sekitar S$ 1.70 sen jika kita tukar matawang Ringgit dengan Singapore Dollar, sudah semestinya minyak di Singapura kelihatan lebih mahal yakni RM 3.80 sen seliter, begitulah jika sekali pandang. Tapi jika diteliti keadaannya di Singapura dan dibandingkan tahap kehidupan rakyatnya. Mereka yang berpendapatan S$ 1000 sebulan jika dibandingkan dengan mereka yang berpendapatan RM1000 sebulan disini. Harga minyak sekitar S$ 1.70 seliter adalah lebih murah jika dibandingkan dengan RM1.92 seliter di Malaysia bagi mereka yang berpendapatan RM1000 sebulan. Adakah kerana kerajaan yang ada kini fikir yang rakyat Malaysia bodoh kerana tidak dapat membezakan antara tahap hidup sesuatu Negara itu berbeza antara satu sama lain? Mungkin mereka benar, rakyat Malaysia memang bodoh, hanya anda yang mengetahuinya.

Selamat Tinggal 2007 Dan Selamat Datang 2008

Telah agak lama saya tidak menulis pada ruangan ini. Artikel ini mungkin merupakan artikel terakhir bagi menutup tahun 2007. Mengenang kembali sepanjang perjalanan saya pada tahun 2007 ini, saya amat bersyukur sekali kepada Allah yang memberikan saya masa, kesempatan serta rezeki yang melimpah ruah pada tahun 2007. Mengenang kembali perjalanan hidup saya pada tahun 2007, Allhamdulillah beberapa objektif hidup saya telah dapat saya capai.

Oleh kerana ini merupakan blog kewangan peribadi saya, maka catitan ini akan memfokus kepada aspek kewangan peribadi saya, lagipun tiada siapa yang ingin membaca kisah bosan hidup saya kecuali saya dan anak cucu saya kelak. Mari kita imbas kembali apa yang berlaku didalam hidup saya sepanjang 2007.

Bermulanya blog ini dan Forum Urusinsan.

Ketika saya mula sedar akan perlunya satu tempat yang mana orang ramai boleh mengambil contoh praktikal didalam mengurus kewangan peribadi, saya rasa terpanggil untuk menyujudkan blog ini (www.urusinsan.net.my) serta Forum Urusinsan (http://urusinsan.forum5.com) kerana saya lihat tiada lagi blog / laman web atau forum yang khusus berkongsi contoh-contoh praktikal yang boleh dijadikan panduan didalam mengurus kewangan peribadi. Kebanyakan laman web / blog atau forum hanya berbincang secara teori yang kebanyakannya berunsur produk tanpa sebarang applikasi praktikal.

Surat Terbuka Kepada orang Melayu

Oleh : Johan Jaaffar 


Selepas 50 tahun bebas daripada penjajah di mana kedudukan kita.

WAHAI bangsaku, lima puluh tahun sudah usia kemerdekaan tanah air kita. Waktu yang sebenarnya amat singkat dalam sejarah pembinaan negara bangsa. Namun demikian terlalu banyak yang boleh dilakukan dalam masa lima dekad jika kita bertekad sama dan sekiranya kita sederap dan selangkah untuk menentukan penanda aras kecemerlangan baru. Bak kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kita tidak harus lupa bahawa 50 tahun kebelakangan ini hanyalah sebahagian daripada sejarah bangsa Melayu yang panjang dan penuh peristiwa. Tanyakan kepada yang dianggap pakar, masing-masing mempunyai cerita dan tafsiran mengenai sejarah bangsa Melayu. Mungkin usia bangsa Melayu ribuan tahun, mungkin juga ratusan tahun.

Antara Realiti dan Fantasi

Lebih sebulan saya berada dijalanan, kesibukan bekerja membuatkan saya leka seketika melihat peluang-peluang yang ada, sesekali menjengah ke FORUM URUSINSAN dan dapatlah saya melihat pelbagai pertanyaan dan rentetan pelihal pengurusan kewangan. Bagi kebanyakan kes ramai yang keliru antara masalah kewangan dengan masalah peribadi atau apa yang saya panggil sebagai "MASALAH DALAMAN", ramai yang keliru antara keduanya dan ramai yang beranggapan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan sedangkan sebenarmya mereka mempunyai "MASALAH DALAMAN".

Ada yang bertanya dengan saya, "Encik Zaidi, saya tidak mahu dibelenggu oleh hutang" , "bagaimana caranya untuk keluar dari beban hutang" , " saya tidak mahu susah" , cuba anda baca dan perhatikan perkataan yang sering mereka gunakan , perkataan seperti susah , hutang , tidak dan sebagainya. perkataan NEGATIF yang di utamakan oleh mereka. Golongan seperti ini menginginkan kesenangan tapi malangnya mereka memfokuskan pada kesusahan. Apa maksud sebenar saya, mari kita lihat senario-senario berikut dan fikirkan secara mendalam adakah apa yang saya cuba ketengahkan ini salah?

Fantasi 1

Mudah untuk buat wang dan kemashuran, masuk program REALITI TV jadi penyanyi, pelakon, pelawak, penari dan sebagainya sebagai cara mudah untuk buat wang dan kemashuran, boleh jadi kaya, boleh kahwin orang kaya, glamor dan sebagainya. Cara mudah, masuk program TV, masuk peraduan dan sebagainya, semuanya kelihatan mudah dikaca TV, di Radio dan di surat khabar.

Realitinya

Yang sebenarnya buat duit ialah syarikat TV, syarikat Radio, Pengiklan, penjual produk dan peniaga. Yang menghabiskan duit ialah penonton, penghantar SMS, yang masuk peraduan dan yang beli produk. Itu hakikat dan realitinya. Yang runtuh ahlak dan tidak bermoral ialah penyanyinya, pelakonnya, artisnya dan penontonnya. Itu ialah hakikat dan realitinya. Orang lain yang kaya dan buat duit, yang ramai-ramai lain melopong je la di perbodohkan.

Menambah Pendapatan dan Kekayaan

Oleh : Zaidi Ismail

Setiap kali saya bangun pagi setiap hari jika saya di rumah, saya bersyukur kerana diberikan sehari lagi untuk hidup dan masih boleh bernafas serta jantung masih berdegup. Mantra saya setiap pagi ialah >"Aku Memiliki Wang Melebihi Keperluan Hidupku, Alhamdulillah". Selesai melakukan perkara wajib saya akan melangkah lebih kurang 5 tapak ke pejabat saya yang bersebelahan dengan bilik tidur saya. Saya tidak perlu memandu, menaiki kenderaan awam malah tidak perlu keluar dari rumah untuk ke pejabat saya. Masuk pejabat saya akan lihat jadual saya pada hari tersebut dan perkara pertama yang biasa saya lakukan ialah bersarapan sambil baca akhbar hari tersebut yang disampaikan pada saya melalui komputer riba saya termasuklah maklumat pasaran saham, hartanah, pelaburan diluar persisiran serta semua matlumat kewangan saya yang disampaikan secara percuma melalui internet ke komputer riba saya.

 

Doa Murah Rezeki

Seawal jam 9 pagi handphone saya mula berdering dari yang bertanya tentang macam mana nak selesaikan hutang hinggalah yang ingin tahu tips-tips pelaburan atau cara pantas untuk jadi kaya, ada juga yang menefon berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam skim cepat kaya dan tak kurang jugak yang ajak saya masuk skim cepat kaya dan skim pyramid. Semuanya saya layan seadanya, dari yang saya anggap serus hinggalah yang kepada yang lucu dan menyedihkan. Semuanya kerana wang dan bagaimana mereka menganggap wang telah menyusahkan kehidupan mereka kerana mereka merasakan terpaksa mengurus kewangan mereka.

Asas Kebebasan Kewangan

Oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my

Seperti sebelumnya saya kerap menyebut bahawa lebih 50% daripada kita tidak mempunyai masalah kewangan, masalah utama adalah sikap dan tidak mempunyai ilmu mengurus diri yang betul. sebagai contoh, kebanyakan daripada kita menghabiskan lebih 8 jam sehari tidak termasuk waktu perjalanan ke tempat kerja untuk mengkayakan orang lain dengan bekerja untuk orang lain dan melakukan pelbagai tugas untuk orang lain sedangkan kita sendiri tidak mahu mengambil masa kurang dari 2 jam seminggu untuk mengkayakan diri kita dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti merancang, melaksana dan mengemaskini kewangan kita, ini tidak termasuk malas untuk mencari ilmu untuk mengkaya dan menyenangkan diri sendiri. Satu perkara yang saya belajar dalam merancang kewangan adalah, kita perlu mementingkan diri sendiri dahulu sebelum kita memikirkan hal orang lain, ini kerana kita tidak membantu sesiapapun jika kita susah dan miskin selain dari menyusahkan diri sendiri.

Sebelum kita pergi lebih jauh bagaimana untuk membebaskan diri dari hutang, mari kita lihat skop serta rentetan perancangan kewangan yang betul supaya ianya menjadi panduan kita merancang kewangan. Inilah rahsia perancangan kewangan, ianya menjadi satu piawai untuk merencana kewangan kita. Saya mengerti terlalu banyak persoalan tentang kewangan, banyak pertanyaan yang diterima oleh saya mengatakan bagaimana seseorang itu harus bermula, ramai yang mahukan jawapan ringkas, kaedah mudah ala mee segera sedangkan perancangan kewangan peribadi adalah satu proses yang kompleks. Seperti yang saya nyatakan terdahulu Kebebasan Kewangan Bermula dari Minda.
Ramai yang bertanya bagaimana hendak cepat kaya, bagaimana cara mendapatkan wang yang banyak dengan sekelip mata dan inilah yang difikirkan oleh kebanyakan orang, mereka berpendapat bahawa dengan memiliki wang yang banyak ianya akan dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka akan tetapi apabila saya bertanya berapa jumlah wang yang diperlukan, 1 Juta? 2 Juta? 10 Juta? ramai pula yang tidak dapat menjawab berapa banyak yang mereka perlukan. Ada juga diantara yang mengaku sebagai penasihat kewangan memberikan nasihat bahawa untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah dengan mencari lebih banyak wang. Ini adalah kesilapan pertama yang boleh anda lakukan, biarpun tidak salah mencari wang lebih namun jika difikirkan sejenak, RM10 yang ada pada diri anda sekarang pun tidak mampu anda uruskan, adakah RM1 juta boleh anda uruskan tanpa perlu mempunyai asas ilmu merancang kewangan yang betul?

Kebebasan Kewangan Bermula Dari Minda

Oleh : Zaidi Ismail urusinsan@gmail.com

Sebelum saya bermula, saya ingin menegaskan disini bahawa saya bukan seorang penasihat kewangan, bukan perancang kewangan, dan juga bukan seorang yang memberikan perkhidmatan kewangan atau menjual sebarang produk kewangan, apa yang ditulis dan disampaikan oleh saya hanyalah sekadar berkongsi pengalaman dan minat dengan mereka yang ingin mengetahui tentang perancangan kewangan terutama cara dan bagaimana bebas dari hutang dan pada masa yang sama dapat membina kekayaan untuk persaraan. Saya tidak mengenakan sebarang caj, bayaran atau mengambil keuntungan terhadap mereka yang menghubungi atau berjumpa dengan saya samaada untuk berkongsi masalah atau pengalaman dalam perihal kewangan. Diharapkan agar mereka yang ingin menghubungi saya faham kenyataan diatas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pendapat, saranan, cadangan dan buah fikiran yang saya sampaikan adalah secara sukarela dan percuma. Saya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana saranan yang telah dikemukakan samaada ianya berjaya atau tidak, dilakukan atau tidak dan jika ianya tidak menghasilkan keputusan seperti yang diharapkan. Harap Maklum.

Apa yang saya lakukan hanyalah berkongsi ilmu yang saya anggap patut disebarkan secara percuma, adalah tidak adil dan zalim untuk membuat keuntungan diatas kesusahan, kepayahan dan kesengsaraan orang lain terutama mereka yang dibebani oleh masalah hutang. Ingin saya tegaskan disini bahawa saya tidak bekerja untuk mana-mana perancang kewangan atau mereka yang memberi khidmat nasihat kewangan, saya jugak tidak menerima sebarang bayaran dari mana-mana syarikat atau individu yang mempromosikan perkhidmatan yang berkaitan dengan kewangan, saya juga tidak mempromosi atau menyesorkan mana-mana syarikat atau individu tertentu perihal berkenaan khidmat kewangan. Terima kasih kepada mereka yang telah sudi menelefon , email dan malah ada yang datang kerumah untuk bersembang dan berkongsi masalah mereka bersama saya, kepercayaan anda amat saya hargai.

Bagi yang masalah mereka telah dapat diselesaikan diharap agar anda menggunakan ilmu yang diperolehi sebaiknya dan ajarlah mereka yang lain pula yang mungkin memerlukannya. Tidak salah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Dari pengamatan saya, dari lebih 1000 kes masalah kewangan yang pernah saya tanggani sepanjang 10 tahun ini, saya dapati lebih separuh tidak mempunyai masalah kewangan, ianya lebih menjurumus kepada masalah hati, sikap dan perasaan yang kebanyakannya merupakan masalah individu dan keluarga yang mana penyebab utama adalah kurangnya didikan dalam ilmu mengurus diri dan keluarga. Rata-rata kes-kes seumpama ini dapat diselesaikan kurang dari 30 minit. Ironiknya, biarpun penyelesaian dapat dicapai dengan cepat dan pantas, tindakan atau pelaksanaan penyelesaian sering kali terbantut atau tidak berjaya dilaksanakan kerana kurangnya semangat dan jati diri individu terbabit dan ditambah pula dengan jiwa yang tidak tenteram , minda yang kusut serta sikap cepat berputus asa. Walaubagaimanapun saya anggap semua itu hanyalah merupakan alasan orang malas yang tidak mahu berusaha kearah kebaikan. Terutama mereka yang menginginkan penyelesaian ala mee segera.

Selangkah Bebas Dari Hutang

Oleh : Zaidi Ismail - urusinsan@gmail.com 

Tahun 2007 telah tiba, bagaimana agaknya misi dan visi 2006 anda?, sudah tertunai ke belum? Saya sedang menghampiri impian saya untuk bebas daripada hutang. Tahun 2007 ini diharapkan supaya ianya menjadi tahun bertitik tolaknya perubahan didalam hidup saya, kurang bercakap dan lebih banyak menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna. Saya tidak pernah mahu jadi seorang yang kaya atau jutawan, apa yang saya inginkan hanyalah sebuah sebuah kehidupan yang bahagia, senang dan mudah. Bebas bergerak kesana dan kemari disamping mempunyai masa untuk melakukan apa yang saya suka, pada waktu yang sama dapat menikmati hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan.
 
Isnin (27/11/2006) yang lalu adalah hari terakhir saya menggunakan Mitshubishi Pajero kesayangan saya yang kini menjadi milik abang . Setelah mengikat perjanjian dengannya saya langsung menyerahkan Pajero saya kepadanya. Sebelum itu hampir RM20 ribu saya habiskan untuk membaik pulih dan restorasi semula Pajero saya, semuanya dilakukan demi kepuasan dan kini hanya tinggal kenangan. Bagi saya dalam soal mengurus kewangan kita tidak boleh menjadi emosional terhadap sesuatu barangan atau benda yang kita miliki, Ianya hanyalah benda, jika sudah sampai tempoh atau tamat tempoh ataupun ianya telah mencapai objektif kita, kita harus lepaskannya. “Life goes on, you can always get whatever you want another day, when time comes or meet it purpose , just let it go and move on”.

Bodohnya Orang Kita

Oleh : Zaidi Ismail - urusinsan@gmail.com

Tentu ramai yang marahnya dengan tajuk diatas, mana yang sudah biasa dengan tulisan saya mungkin tidak hairan atau pun dah menyampah dengan apa yang saya tulis, bagi yang baru berpeluang membaca artikel saya tentu ini merupakan satu tajuk segar jika dibanding kan dengan artikel meleweh yang lain. Ketika saya mula menulis artikel ini, saya nak letak tajuk “Rakyat Malaysia Bodoh” , tapi tak semua rakyat Malaysia bodoh , saya juga terfikirkan tajuk “Kebanyakan Rakyat Malaysia Bodoh” pun rasanya tak sesuai sebab fokus utama tulisan saya ditujukan kepada orang Melayu, tapi kalau letak tajuk “Orang Melayu Bodoh” ramai pulak yang hantar email ugutan atau sms ugutan pulak nanti dan tak semua orang Melayu itu bodoh. Maka akhirnya untuk lebih bersifat umum dan menunjukkan kebodohan sesetengah orang Melayu kita , maka saya pilih tajuk “Bodohnya orang kita”.

Duit-Duit Di Mana Kau Duit

Oleh : Zaidi Ismail

Artikel ini tujukan kepada saya dan rakan-rakan yang mengenali saya tidak kira dimana anda berada dan semoga kita semua mendapat sedikit ilmu dan pengajaran daripadanya. Insyaallah kita semua saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan dengan kebaikan kepada satu sama lain. Sekali lagi diingatkan bahawa saya bukan perancang kewangan, jurujual insuran atau kena mengena dengan mana-mana institusi kewangan. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya.

Fuhhh lega, punya la susah nak menulis balik, dah hampir 2 tahun tak menulis di RJ atau mana-mana blog. Ada diantara anda yang mengenali saya dan ada yang tak kenal saya. Saya Zaidi Ismail, beberapa tahun dulu saya merupakan salah seorang moderador RJ. Tapi diatas alasan kesibukan atau sebenarnya bawak diri sebab kecewa bercinta saya bawak diri jauh merantau ke Amerika Syarikat. Itu cerita lawak yang mungkin saya akan ceritakan suatu hari nanti.

Terlebih dulu saya ingin memohon maaf pada moderator RJ yang ada sekarang ini, ada orang lama dan ada orang baru. Saya mintak maaf sebab saya masih ada kelebihan sebagai moderador. Dengan kata lain saya boleh edit dan meluluskan artikel. Saya telah pun meluluskan artikel versi Inggerís saya terlebih dahulu. Saya tidak lagi mahu bertopengkan “nikname” atau nama pena saya. Biarlah kali ini saya menulis tanpa perlu berselindung. Saya masih mempunyai kelebihan sebagai seorang moderador RJ. Kelebihan ini diberikan oleh Owner RJ sendiri dan hanya beliau yang boleh menarik balik kelebihan moderador yang saya ada. Itu terpulanglah lepada DD , sorry bro tak bagi tahu awal-awal , saja buat kejutan sikit. Semua orang perlukan kejutan dalam hidup kita dari masa ke semasa. It’s make us sharp , hidup ini pun kena asah jugak macam asah parang kontot tu ....

Syndicate content