Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan hartanah ahli Millionaire Inside dan sebagainya, sila ke www.urusharta.net . DI laman web ini dipaparkan hartanah untuk dijual , disewa ataupun disewa beli.
Salam
Zaidi Ismail
Dengan pembangunan semula kawasan bukit kerinchi, Pangsapuri Vista Angkasa yang dahulunya di kenali sebagai Vista Tangga angkara aksi lucah penyewa dikawasan tersebut kini telah berubah wajah. Dahulu terdapat gerai serta warung peniaga dihadapan pangsapuri yang di selenggarakan oleh DBKL mencacatkan pandangan serta menyesakkan lalu lintas dikawasan tersebut kini tiada lagi. Gerai-gerai DBKL tersebut telah pun dirobohkan demi pembesaran jalan memasuki kawasan Bukit Kerinchi. Kini kenderaan orang ramai lebih mudah untuk keluar masuk ke Bukit Kerinchi.
Berkedudukan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, rumah yang berhampiran dengan jarak hanya 10 minit ke KLCC jika menaiki kereta atau motosikal dan hanya 5 minit jika menggunakan perkhidmatan LRT ini mempunyai dua bilik tidur , ruang tamu dan dapur yang berasingan sangat selesa untuk di diami, bersih , selamat dan hampir dengan stesen LRT Jelatek, perhentian bas dan teksi berada di hadapan rumah, ini memudahkan lagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan awam ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Rumah ini berada didalam kawasan Keramat berhadapan dengan Jalan Jelatek (Jalan Besar) . Berada di tepi kawasan perumahan (Lot tepi) Blok U , serta bersebelahan dengan Kilang Texas Intrument Keramat membolehkan mereka yang bekerja berhampiran berjalan kaki sahaja ke tempat kerja.
Berkedudukan di tingkat empat (4th Floor) menghindarkan penyewa dari bunyi bising kenderaan dan orang lalu lalang berdekatan dengan kediaman tersebut. Oleh itu privasi anda akan lebih terjamin daripada sebarang gangguan jiran. Kawasan perumahan ini juga mempuanyai pelbagai kemudahan asas lain seperti kedai makan, pasar mini dan pelbagai kedai serbaguna lain. Sangat sesuai bagi golongan bujang (tidak lebih dari 4 orang) , mereka yang baru berkeluarga, pelajar IPTS yang berhampiran atau eksekutif muda yang bekerja berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur atau KLCC, ini akan dapat menjimatkan kos pengangkutan untuk pergi dan pulang kerja.
Maklumat Kediaman :-
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Zaidi Ismail di 012-3450329 atau email di urusinsan@gmail.com
Rumah yang sangat selesa untuk di diami, bersih , selamat dan damai dari hiruk pikuk orang ramai. Rumah ini berada didalam kawasan Bandar Sunway Petaling Jaya, berkedudukan hanya 5 minit berjalan kaki ke Sunway Pyramid. Berada di tepi kawasan perumahan (Lot tepi) serta bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ia mudah untuk di akses samaada oleh kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam. Terdapat tempat menunggu teksi dan bas bersebelahan dengan rumah ini.
Berkedudukan di tingkat satu (1st Floor) memudahkan penyewa untuk mengakses rumah kediaman ini. Ini juga mengurangkan gangguan seperti orang berjalan kaki atau kebisingan daripada lalu lintas. Hanya terdapat 4 unit pada satu tingkat, oleh itu privasi anda akan lebih terpelihara daripada sebarang gangguan jiran. Kawasan perumahan ini juga mempuanyai pelbagai kemudahan asas lain seperti kedai makan, pasar mini dan pelbagai kedai serbaguna lain.
Sangat sesuai bagi golongan bujang (tidak lebih dari 4 orang) , mereka yang baru berkeluarga, pelajar IPTS yang berhampiran atau eksekutif muda yang bekerja berhampiran bandar Sunway, ini akan dapat menjimatkan kos pengangkutan untuk pergi dan pulang kerja.
Maklumat Kediaman :
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Zaidi Ismail di 012-3450329 atau email di hartanahmurah@gmail.com atau sila isi borang yang disediakan di laman web ini.